in

“Teringat kat arwah abah” – Netizen Sebak Lihat Video Pramugara Royal Brunei Air Suap Pakcik Tua Makan Yang Dikongsi Datuk Aliff

Alip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak ayahnya meninggal dunia, jarang-jarang kita dengar gosip panas mengenai Datuk Aliff Syukri lagi. Yang terbaru semalam, sedang admin scroll-scroll post Instagram, admin ternampak satu post menyentuh hati yang diupload Datuk Aliff.

 

“Teringat kat arwah abah… kan best kalau saya boleh buat macam tu kat abah saya masa dia hidup” 


Menerusi perkongsian Instagram Datuk Aliff, sebuah video mengenai tindakan mulia seorang pramugara Royal Brunei Air telah dimuat naik dan mendapat perhatian ramai netizen. Video tersebut memaparkan perlakuan pramugara itu, menyuap makan seorang pakcik tua dengan lembut dan berhati-hati.

Datuk Aliff yang terkesan dengan video itu teringat akan kenangan bersama arwah ayahnya dan berharap dia dapat melakukan perkara yang sama jika ayahnya masih hidup. Allahu… sebak min tengok video tu.

https://www.instagram.com/p/BvZBjgLACvZ/

 

“Mulianya kerja ni kalau buat dengan ikhlas… saya nak kerja macam ni boleh tak?” 

Malah tambah Datuk Aliff, dia teringin sangat kalau dapat pekerjaan macam ni walaupun dia yakin dia tak dapat buat tugas pramugara yang mulia tu melayan pakcik tua dengan penuh keikhlasan.

“Muliayeee kerja ni kalau buat dgn ikhlas ..sy nak kerja mcm ni boleh tak??? nmpak je glamer… sebenarya sy terlihat tanpa sengaja pakcik tua yg x brp sehat terus teringat kat arwah abah…

“Ya allah iklasnya paramuga ni layan pakcik ni..kalau sy ditempat dia tak pasti sy boleh tak buat mcm ni..melainkan mak abah saya sendiri…suapkan makan dan layan mcm mcm abah dia sendiri.. sy x kenal pramugara ni tapi sy harap.. layanan yg sama utk penerbangan di negara kita..”

https://www.instagram.com/p/Bu1I5YOAI5h/

 

“Tersentuh hati saya sampai mengalirkan air mata… Carilah pramugara dan pramugari ni” 

Video ni ternyata mendapat perhatian netizen yang sebak melihat tindakan pramugara tersebut. Ramai yang teringat kenangan bersama bapa mereka sendiri sehingga ada yang minta Datuk Aliff cari pramugara tu dan beri dia ganjaran sewajarnya.

Aliff 1

Aliff 2
sumber: instagram

Alahai admin pun sebak tengok video ni. Baguslah Datuk Aliff share video macam-macam ni. 

Baca: “Oh abah, kalaulah kita seperti keluarga lain” – Kakak Aliff Syukr’i Dedah Kisah Sedih Bapa Mereka Yang Baik Hati

Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.