Siapa yang masih ingat lagi kisah nenek Rohana yang pernah tular ketika musim banjir dulu? Untuk yang tidak tahu, rumah pusaka milik ibu bapa warga emas ini pernah menjadi bualan orang ramai apabila kediaman itu musnah dihanyut banjir besar.
Lebih menyedihkan, apa yang tinggal bagi kediaman tersebut hanyalah tangga batu yang terletak di laman rumah pusaka itu.
Terkini, pendakwah terkenal, Ebit Lew dikatakan akan memberikan peruntukan kepada warga emas itu untuk membina rumah semula rumah pusaka itu. Perkara itu dikongsikan melalui laman Facebook rasminya baru-baru ini.
https://www.facebook.com/ebitlew/posts/4789478264503752?__cft__[0]=AZVWLL7Royc6R0bFS4bJVREpk5sa4BavzQ_bRw_yUudq7SBWAQD5M4HYcuth6zvhsc1tx_v24ILE_gAVQeODs7npzMbBJpc5zywC1IgRPqoieswM-rKKWYmTZbig4_lDFDE&__tn__=%2CO%2CP-R
Syukur dapat hadiahkan nenek Rohana Mahfuz 76 tahun rumah baru. Kami akan bina semula rumah. Setelah rumahnya hanyut banjir. Semuanya habis cuma tinggal tangga.”
Menurut perkongsian tersebut, warga emas itu tidak berhenti menangis ketika bertemu Ebit Lew gara-gara buntu memikirkan cara mahu membina semula rumah pusaka tersebut.
Menangis jer dari mula jumpa tadi. Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah. Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya.
Nenek Rohana dikatakan tinggal berseorangan di rumah pusaka itu tanpa suami dan anak-anak. Namun, warga emas itu dibantu oleh adik beradiknya yang lain serta jiran tetangga. Masyarakat sekeliling juga dikatakan sering menghulurkan bantuan dan bertanya perkhabaran warga emas itu.
Kata Ebit Lew melalui post itu, mereka akan terus melihat semula pelan rumah pusaka itu dalam masa terdekat dan menghubungi kontraktor untuk pihaknya membina rumah baru.
Perkongsian itu menerima lebih 23 ribu tanda suka di laman Facebook, di mana rata-rata netizen turut memuji tindakan Ebit Lew. Ada juga yang sudah menyangka pasti penceramah bebas itu akan turun padang dan membantu Nenek Rohana.
Setiap ujian itu pasti akan dibalas dengan kemanisan untuk orang-orang yang bersabar. Semoga rezeki Ustaz Ebit Lew sentiasa dimurahkan.
Baca: Hanya Tinggal Tangga, Wanita Sedih Rumah Pusaka Musnah Akibat Banjir