in

“Terima kasih semua” – Jovian Mandagie Tamat Operasi 2 Jenama Fesyen Selepas 17 Tahun Dalam Industri

Jovian 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah seorang pereka fesyen terkenal tempatan iaitu Jovian Mandagie telah rasmi menutup dua operasi bisnes fesyennya setelah 17 tahun dalam industri.

Perkara ini dimaklumkan oleh Jovian sendiri menerusi Instagram miliknya dan dia turut menceritakan beberapa kejayaan yang pernah dicapai melalui bisnes tersebut.


Jovian reka berjuta pakaian selama 17 tahun

Dua bisnes fesyen miliknya iaitu @jovianmandagie dan @jovianrtw akan ditamatkan operasi dan selama 17 tahun dalam industri tersebut, jenama berkenaan pernah berjaya mereka jutaan helai pakaian kepada pelanggannya.

Artikel berkaitan: “Tuhan ada rancangan lebih baik” – Netizen Terkejut Jovian & Nina Sudah Bercerai Sejak Ogos

Artikel berkaitan: Hubungan Jovian Dengan Bekas Isteri Masih Baik, Siap Makan Malam Dengan Keluarga Bekas Mertua

Selepas 17 tahun perjalanan bersama pasukan dan peluang yang ada, saya telah mereka pakaian untuk golongan elit dan kerabat diraja di seluruh dunia. Kami telah melancarkan banyak koleksi serta berjuta pakaian untuk rakyat Malaysia.

Tambah Jovian, dua jenama pakaiannya itu akan menamatkan operasi dalam masa dua minggu dari sekarang dan menjemput orang ramai untuk datang ke kedai.

“Industri fesyen semakin berkembang” – Jovian

Jovian turut memberitahu kerjayanya akan bertukar daripada seorang pereka fesyen kepada ahli perniagaan sepenuhnya disebabkan industri fesyen yang kian berkembang dari semasa ke semasa.

Saya bersedia untuk perubahan. Industri fesyen semakin berkembang dan kerjaya saya akan bertukar daripada seorang pereka fesyen kepada ahli perniagaan. 

Selain itu, dia turut berterima kasih kepada semua yang pernah terlibat dalam bisnes fesyennya.

Terima kasih kepada pasukan saya, pembekal, rakan peniaga, selebriti dan rakan kongsi. Anda semua sebahagian daripada keluarga saya.

Meninjau di ruangan komen, ramai peminat serta selebriti tanah air berasa sedih namun mendoakan yang terbaik buat Jovian. Bekas isteri Jovian iaitu Nina turut memberikan kata-kata semangat untuknya.

Jovian 1 Jovian 2 Jovian 3

Fly high sir! Moga dipermudahkan urusan.

Sumber: Instagram

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.