Semalam, tular satu hantaran di Facebook Orang Wangsa Maju mengenai seorang wanita yang meminta tolong orang ramai mencari pemilik kereta Lamborghini berwarna kuning yang berada di sekitar jalan Taman Melati, Kuala Lumpur.
Ibu minta admin post dalam group
Hantaran yang dimuat naik oleh admin group tersebut turut mengepilkan gambar kereta yang diambil oleh anaknya sekitar jam 4.30 petang pada tarikh 18 April 2024. Kata wanita berkenaan, anaknya yang berumur 8 tahun amat meminati dan mahu menaiki kereta itu.
Sampai ke hari ini anak saya (umur 8 tahun) nak naik kereta ni.. jenuh la saya nak mencari owner kereta ni.. Ada siapa kenal ke? Dapat bergambar tepi kereta pun jadilah lepaskan hajat dia..
Owner ‘belanja’ naik Lamborghini kuning
Satu video telah dimuat naik oleh @mikaelhidayat menceritakan kisah bagaimana dia membantu keluarga tersebut bertemu dengan pemilik kereta Lamborghini tersebut.
Semalam ada baca satu hantaran macam tular jugalah di group Orang Wangsa Maju. Aku rasa macam kenal pemilik kereta yang kakak ni maksudkan dan cubalah tag member aku tu dan ya memang dialah orangnya.
Diringkaskan cerita, member aku ni pun hubungi kakak ni untuk berjumpa malam semalam dengan nak tunaikan impian budak ni.
Semasa berjumpa, si ibu turut menceritakan tentang minat dua orang anaknya yang suka dengan kereta sport itu. Lebih sayu, salah seorang daripada mereka menghidap Leukemia sehingga membuatkan pemilik kereta itu rasa tersentuh.
Artikel berkaitan: “Kakak ingat ayah lupa ke?” – Reaksi Kakak Sulung Dapat Hadiah Buat Ramai Terharu
Artikel berkaitan: “Sebab adik tak boleh beli apa-apa” – Ibu Sebak Anak Bagi Biskut Untuk Hadiah Hari Jadi
Si abang menghidap Leukemia dan tengah treatment di HKL pun kongsi minat yang sama. Masa ni, aku nampak riak muka member aku ada berubah sikit, terkesan kot sambil dia usap rambut si abang.
Selepas mereka makan bersama-sama, pemilik kereta itu membawa dua beradik itu meronda di kawasan sekitar.
Lepas belanja makan, member aku ni bawalah dua beradik ni naik kereta ronda-ronda sambil buat onar belanja bunyi. Balik dari ronda-ronda tu memang aku nampaklah abang adik muka happy and excited.
Lepas tu dua beradik tu bergambar puas-puas dengan kereta tu kat situ. Jujur sebelum sampai kedai member aku tu, aku fikir ni satu lagi happy ending sebab impian budak-budak tu tercapai.
@mikaelhidayat Semalam ada baca satu hantaran macam tular jugalah di group Orang Wangsa Maju Aku rasa macam kenal pemilik kereta yang kakak ni maksudkan dan cubalah tag member aku tu dan ya memang dialah orangnya Diringkaskan cerita, member aku ni pun hubungi kakak ni untuk berjumpa malam semalam dengan nak tunaikanlah impian budak ni Dema datang empat beranak. Ibu, kakak, abang dan adik, ayahnya outstation Si adik ni lah yang berhajat besar nak tengok dekat2 kereta ni tapi abangnya pun sama teruja Aku kat situ cuma buat ramai je lah, sambil mendengar ibu budak ni kabo mmg si adik memang peminat kereta gini sambil si kakak yang agak pendiam senyum2 je mendengar Menariknya, si abangnya yang menghidap Leukemia dan tengah treatment di HKL pun kongsi minat yang sama. Masa ni, aku nampak riak muka member aku ada berubah sikit, terkesan kot sambil kerapkali dia mengusap rambut si abang Ibunya sambung cerita, yang dia tak tahu apa cara nak tunaikan impian anaknya tu, itu yang dia minta tolong ke admin group Lepas belanja makan, member aku ni bawalah dema dua beradik ni naik kereta ronda2, sambil membuat onar belanja bunyi. Balik dari ronda2 tu memang aku nampaklah abang adik muka happy and excited Lepas tu dema dua beradik bergambar le puas2 dgn kereta tu kat situ Jujur sebelum sampai kedai member aku tu, aku fikir ini satu lagi cerita happy ending sebab impian budak2 tercapai Tapi lepas tengok depan mata sendiri, aku terfikir beberapa benda jugalah Antaranya Mustahil macam mana pun impian seorang ibu untuk anaknya, jika Tuhan izinkan, tetaplah jadi walau tak disangka cara Sekecil perkara buat kita, sebesar-besar maknanya untuk orang lain, kadang-kadang orang yang kita tak kenal pun Last sekali, hujan takde angin pun takde, kenapa mata member ni tetiba masuk habuk? btw, member aku ni sangat low profile, dia seboleh-bolehnya nak buat benda ni senyap je tapi aku pedulik apa fyppppppppppppppppppppppp lamborghini choosehappiness
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen terharu membaca kisah yang kongsikan. Mereka turut berterima kasih kepada pemilik Lamborghini kuning yang baik hati memberi peluang kepada dua beradik tersebut.
Terharu min baca cerita ni…