Setelah ditutup selama tiga tahun, Zoo Johor akhirnya dibuka semula pada Sabtu 31 Ogos 2024. Difahamkan, zoo negeri itu ditutup sebelum ini kerana wabak Covid-19 dan juga kerja-kerja menaik taraf.
Zoo Johor telah menerima nafas baharu dan tampil lebih menarik untuk dikunjungi oleh pencinta haiwan.
Memetik laporan Sinar Harian, pada hari pertama pembukaan semula zoo ini, hampir 20,000 orang penjunjung telah datang untuk melawat dan melihat aksi-aksi haiwan di zoo ini.
Dengar kata, ada yang datang seawal jam 6.30 pagi untuk beli tiket!
Artikel Berkaitan: Zoo Negara Kongsi Cara Berus Gigi Badak Air, Ramai Netizen Terhibur!
Artikel Berkaitan: “Dia pun dahaga jugak”- Ramai Terhibur Lihat Gelagat Orang Utan Selongkar Peti Ais Dan Ambil Minuman
Untuk pengetahuan semua, Zoo Johor merupakan zoo yang tertua di negara Malaysia ini kerana ia telah dibuka pada tahun 1928 lagi!
Kini, terdapat lebih 275 ekor haiwan yang ada di zoo yang berusia hampir 100 tahun ini.
Antara yang pengunjung boleh lihat di Zoo Johor ialah tapir, buaya, ungka, pelbagai spesies burung dan gajah.
Sumber: Sinar Harian