in

Terima Banyak Lamaran di DM, Khairul Aming Dedah Kriteria Utama Jadi Pasangan Hidup

Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa usahawan Sambal Nyet Berapi dan pempengaruh popular iaitu Kharul Aming masih lagi solo dan belum berkahwin.

Baru-baru ini, ketika sesi live di TikTok, Khairul Aming mendedahkan bahawa dirinya ada menerima banyak lamaran menerusi DM daripada wanita-wanita yang berminat untuk menjadi isterinya.


@khairulamingfans_

InsyaaAllah kita doakan yang baik baik buat KA 😊 ربّ إنّه لما أنزلت إليه من خير فقير #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

Namun, KA turut mendedahkan kriteria utama untuk menjadi pasangannya di mana wanita itu perlulah bersedia untuk tampil di khalayak ramai.

Artikel Berkaitan: “Ada 2 kos”- Hampir Cecah 1 Juta, Khairul Aming Kongsi Kos Yang Dibelanjakan Untuk Bawa Staf Bercuti

Artikel Berkaitan: “Hampir setiap hari…” – Khairul Aming Terkejut Terima Ratusan Resume Wanita Nak Jadi Calon Isteri

Ini kerana kita sudah sedia maklum bahawa KA seorang yang terkenal dan  setiap tindak tanduknya di tempat umum dan di media sosial akan diperhatikan oleh warganet.

4

Jadi, isteri KA nanti juga sudah tentulah akan terkena tempiasnya dan turut menjadi perhatian orang ramai.

Selain itu, Khairul Aming juga mengatakan bahawa untuk menjadi isterinya, seseorang wanita itu harus faham bahawa kehidupan selepas berkahwin nanti.

Malah, pasangannya juga perlu faham mereka mungkin tidak akan mempunyai privasi kerana sudah tentu akan menjadi perhatian ramai jika keluar ke mana-mana atau bercuti.

Jadi, wanita yang mahu menjadi peneman hidup KA nanti harus bersedia dengan perkara-perkara tersebut. Dalam bahasa mudah, jiwa kena kental.  

Namun, dalam masa yang sama, KA turut mengucapkan terima kasih dan dia turut menghargai wanita-wanita yang sudi mahu berkenalan dengannya.

Rata-rata warganet juga dilihat bersetuju dengan kriteria yang diberikan oleh KA itu kerana ramai yang sedia maklum bahawa Khairul Aming sememangnya dikenali ramai.

1

2

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat KA.

Sumber: TikTok @khairulamingfans_ 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.