in

Terharu! Lelaki Tua Ini Gigih Kayuh Basikal Walau Dengan Sebelah Kaki Sambil Jual Tisu

Untitled Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita selalu mengeluh susahnya nak cari rezeki. Tapi pernah tak kita terfikir, sebenarnya ada orang yang hidupnya lebih susah daripada kita — namun tetap cekal menjalani hidup sehari-harian, buat bermacam pekerjaan walau dihimpit kekurangan demi menyara keluarga di rumah.


Ada satu rakaman video dari negara seberang yang mungkin akan membuatkan korang ‘tersentak’, mensyukuri limpahan nikmat yang diberikan Tuhan — kerana ada insan yang diuji begitu hebat, tapi masih gigih berusaha mahu mengubah nasibnya.

Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @Lintang_Sae.

Lokasi pakcik ini sebenarnya di Jogjakarta, Indonesia. Bayangkan betapa banyak kudrat yang perlu dikerah untuk mengayuh basikal dengan hanya sebelah kaki sambil membawa jualan tisu di belakangnya. Netizen yang menonton turut berkongsi pengalaman mereka terserempak dengan insan cekal ini.

Kalau mengikut respon mereka, ada yang memaklumkan bahawa kaki kiri pakcik ini patah dan terpaksa dimasukkan besi dan besinya itu kini terkeluar dari kakinya — hinggakan mereka tidak sampai hati melihat kalau ternampak pakcik ini mengayuh.

1 1 2

3 2 1

2 1 3

Simpati dengan nasib pakcik itu, netizen kemudian bersepakat mengesan lokasi tempat tinggalnya dan mahu menghulurkan derma bagi meringankan beban.

Apa pun, ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada kisah-kisah kehidupan yang seringkali berlaku di depan mata kita, sama ada kita sedar atau tidak. Banyak yang boleh kita ambil hikmah, semoga kecekalan ‘pakcik hebat’ ini dapat menjadi iktibar buat kita semua.

 

Baca: “Beliau datang ke masjid berguling” – MasyaAllah Hebat! Ramai Sebak Lihat Jemaah Ni Gigih Datang Masjid Walaupun OKU

Capture 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.