in

Terharu Dengan Sokongan Peminat, Tokti Nak Adakan Konsert Terakhir Di Stadium Bukit Jalil Sebelum Bersara?

tokti 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, konsert kumpulan terkenal, Coldplay yang telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ternyata telah memecah rekod penonton konsert paling banyak di stadium itu.

Menurut satu carta konsert yang tular di media sosial, ia menunjukkan konsert Music of the Sphere oleh Coldplay telah merangkul tempat pertama dengan jumlah lebih 75 ribu penonton dan berjaya mengalahkan jumlah tontonan konsert Fantasia Tour oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu sebanyak lebih 70 ribu penonton.


Tak mustahil Siti pintas balik

Baru-baru ini portal Kosmo! telah membuat ciapan di X, menyatakan Tokti boleh memintas semula jumlah tontonan konsert Coldplay. Ciapan tersebut mendapat perhatian Tokti dan beliau terharu ketika membaca artikel di portal tersebut.

Beliau walau bagaimanapun quote tweet tersebut dan berteka-teki bersama pengguna di X.

Sedih dan terharu baca tulisan wartawan Kosmo.. mungkin boleh jadi kenyataan atau mungkin tidak ye?

Artikel berkaitan: “Saya tak kisah orang panggil Tokti tapi..” – Ini Respon Siti Nurhaliza Tentang Isu Panggilan Nama

Artikel berkaitan: “No, I still want Siti” – Diva AA ‘Throwback’ Dedah Pernah ‘Fight’ Untuk TokTi ‘Perform’ Di Pentas AJL 

Konsert terakhir sebelum bersara?

Bukan itu sahaja, beliau turut memberi bayangan dan berhasrat mahu membuat konsert sekali lagi dan mungkin yang terakhir sebelum bersara.

Kalau nak buat di Stadium Nasional sekali lagi, mungkin sebelum saya bersara ye.. biar jadi kenangan terindah buat semua..

Tokti juga berharap agar konsert terakhir itu boleh dijadikan kenangan terindah untuk semua orang.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen teruja dan ternanti-nanti akan konsert terakhir oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

tokti 1 tokti 2 tokti 4

Ada juga sesetengah netizen yang berasa sedih apabila Tokti mengatakan mahu bersara satu hari nanti.

tokti 5 tokti 6

Min nak pergi konsert Tokti.. tapi bersara tu min tak ready lah.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.