in

“Tergeliat Lidah” – Bayi Di Filipina Ini Bernama Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl, ‘Nickname’ Pulak Consonant

Tergeliat Lidah Bayi Di Filipina Ini Bernama Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl Nickname Pulak Consonant

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pasangan suami isteri yang sudah bergelar parents, memilih nama yang sesuai buat anak boleh jadi satu tugasan yang mencabar. Hal ini kerana, nama yang diberi itu akan digunakan si anak sehingga hujung nyawanya.

Ada sesetengah ibu bapa yang menamakan bayi mereka sempena nama ahli keluarga yang lain, ada juga yang memilih nama-nama klasik dan tak kurang juga yang memberikan anak mereka nama yang bunyinya seakan-akan nama orang putih atau orang Arab.


Bayi 20160401 124421 E1620439449138
Gambar hiasan

Seorang datuk di Filipina ini juga tidak ketinggalan mahu memberikan nama yang unik buat cucu kesayangannya.

Memetik laporan GMA News, Raugyl Ferolin Estrera dari Carmen, Cotabato, Filipina, memilih untuk menamakan cucu lelakinya yang baru lahir Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl.

Difahamkan, nama yang diberikan Estrera ini teramatlah rare sampaikan pegawai di pejabat pendaftaran terpaksa reprint sijil kelahiran selepas terdapat kesalahan ejaan.

Nama adalah hasil gabungan huruf dalam nama ahli keluarga lain

News18 Bayi Nama Aneh E1620439064812

Menurut Estrera, lelaki itu berkata, inspirasi disebalik nama unik cucu lelakinya,  Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl adalah hasil daripada gabungan beberapa huruf dalam namanya, nenek dan ibu bapa bayi itu.

“Jika saya yang memberi nama, ia haruslah sesuatu yang mempunyai nilai dalam keluarga kami. Nama bayi itu tidak boleh dibuat bersahaja,” terang Estrera. 

Tambah Estrera lagi, bagi memudahkan orang ramai, dia juga dilaporkan akan menggunakan nama Consonant sebagai nickname buat cucunya itu. Katanya nickname itu dipilih sebab nama bayi itu takde huruf vokal.

Dikhabarkan, nickname Consonant itu juga diinspirasikan daripada nama anak buah Estrera.

Nama Bayi E1620439379871

Jelas Estrera, sebaik sahaja bayi itu meningkat usia dan mampu untuk membaca dan menulis, dia akan diajar bagaimana untuk mengeja namanya.

“Pada umur yang muda kami akan mengajar Consonant cara untuk menulis nama. Selain itu, kami akan jelaskan asal-usul namanya supaya dia tahu kepentingan dan makna disebalik nama itu,” katanya.

Sumber: GMA News

Baca: Sebab Tak Mampu Sara 19 Anak, Seorang Bapa Namakan Bayi Terbarunya ‘Cukuplah’

Feat Final 2 E1620437044233

Sumber: Tribunnews
Sumber: iNews
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.