in

Sebab Tak Mampu Sara 19 Anak, Seorang Bapa Namakan Bayi Terbarunya ‘Cukuplah’

Feat Final 2 E1620437044233

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, anak merupakan satu rezeki yang tak ternilai. Lebih ramai anak, lebih murah rezeki dalam keluarga.

Namun begitu, agak sukar untuk menanggung keluarga apabila jumlah anak terlalu ramai melebihi jumlah pendapatan sehari-hari.


Hal ini kerana, ibu bapa terpaksa mengeluarkan jumlah perbelanjaan yang besar untuk memenuhi setiap keperluan dan kemahuan anak-anak baik dari segi pakaian, tempat tinggal, makanan dan pendidikan.

Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang bapa dari daerah Diyarbakir, Turki ini yang mempunyai bilangan anak seramai 19 orang!

Ramainya!

 

Menamakan anak bongsu sebagai ‘Cukuplah’

Feat 19 1

Menurut Daily Starlelaki berkenaan yang dikenali sebagai Zeher Gezer baru sahaja menimang cahaya mata yang ke-19.

Dia telah menamakan anak bongsunya itu sebagai ‘Yeter’ yang membawa maksud ‘Cukuplah’.

Hal ini kerana dia tidak lagi mampu menyara anak-anaknya yang ramai ekoran daripada ketiadaan pekerjaan gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda Turki.

 

Mempunyai 2 isteri

Feat 19 2

Zeher Gezer juga dikatakan telah mempunyai dua orang isteri. Walaupun pada awalnya kedua-dua isterinya saling tidak bersefahaman, namun mereka akhirnya telah berbaik-baik dan bekerjasama dalam membantu untuk menguruskan rumah tangga.

Isteri pertama Zeher telah melahirkan seramai 10 orang anak. Manakala, isteri keduanya pula telah melahirkan 9 orang anak.

Untuk pengetahuan, poligami di adalah Turki tidak dibenarkan. Namun, lelaki boleh mengahwini isteri keduanya secara sah menurut agama, tetapi tidak boleh didaftarkan perkahwinan tersebut secara sah.

 

Keluarga boleh mati kerana kebuluran

Pic 19 2

Menurut Zeher, disebabkab kesukaran mendapatkan pekerjaan akibat wabak Covid-19, dia tidak boleh menyara keluarganya.

Antara dugaan terbaru yang terpaksa dihadapi oleh keluarga itu adalah enam orang anaknya terpaksa berhenti sekolah kerana kekurangan wang untuk menampung bayaran yuran.

Dia turut mengatakan bahawa keseluruhan ahli keluarganya boleh meninggal dunia kerana kebuluran.

 

Meminta bantuan dari kerajaan

19 orang anaknya yang terpaksa berlapar disebabkan ketiadaan makanan menyebabkan Zeher terpaksa merayu bantuan daripada kerajaan tempatan untuk membantu keluarganya.

Saya mengharap bantuan daripada kerajaan, Perdana Menteri dan Presiden. Kami memerlukan bantuan mereka untuk melindungi kami. Kami hidup dalam keadaan yang amat susah dan sekiranya tidak mendapatkan bantuan, kami semua boleh mati kebuluran. 

Walau bagaimanapun, kejadian ini telah menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan netizen di media sosial.

Ada segelintir daripada mereka yang memberi komen negatif dengan mengaitkan masalah keluarga ini dengan isu perkauman disebabkan keluarga ini berketurunan Kurdish dan bukannya orang Turki.

Apa-apa pun, doakan yang baik-baik semoga keluarga ini dimurahkan rezeki untuk terus menampung hidup.

Baca: “Kehilangan paling sakit” – Isteri Anak Dalam Kandungan Meninggal, Kisah Lelaki Ini Buat Ramai Menangis

Baca Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.