Berita tentang hukuman gantung yang dikenakan terhadap 6 bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang mendera arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain sehingga meninggal dunia dianggap satu khabar gembira buat keluarga mangsa.
Adik kepada Zulfarhan iaitu Zulhelmie Idros menyatakan bahawa penantian selama 7 tahun dari 2017 hingga 2024 itu ibarat membuahkan hasil setelah keadilan berpihak kepada arwah abangnya.
Artikel berkaitan : “Sebak melihatnya” – [VIDEO] Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan Sujud Syukur Lepas Keluar Mahkamah
Artikel berkaitna : Kes Bunuh Zulfarhan: Hakim Sifatkan Jenayah Jahat, Zalim & Kejam Paling Jarang Ditemui
“Alhamdulillah berita gembira selepas menunggu 7 tahun… 2017-2024 satu jangka masa yang lama untuk kami dan hari ini amat bergembira dengan keputusan yang diumumkan.. Al-fatihah Along akhirnya terbukti Along tak bersalah dan mereka sebenarnya yang bersalah.”
Luahan gembira itu dilampirkan bersama foto Zulhelmie bersama keluarga di hadapan Istana Kehakiman.
Dapat dilihat mereka sekeluarga sangat bersyukur dengan keputusan mahkamah itu apabila tular video ibu bapa Allahyarham Zulfarhan dilihat membuat sujud syukur sejurus keluar dari Mahkamah Rayuan semalam.
Rakyat Malaysia di ruangan komen juga tumpang gembira dengan keputusan berkenaan dan ada juga yang menggesa agar ‘bomoh’ yang dimaksudkan dalam kes ini dikenakan tindakan saman.
Mudah-mudahan kes ini dapat memberi pengajaran agar budaya senioriti dihentikan kerana ia boleh menjadi toksik di mana-mana institut pendidikan yang menjerumus ke arah pembulian jika tidak dibendung dengan baik.
Sumber : Instagram