Umum mengetahui penggunaan polis pengiring semasa VIP atau VVIP menggunakan jalan raya adalah disebabkan faktor keselamatan dan lain-lain.
Namun, pernah tular sebuah kes di mana ada yang mendakwa sesetengah pihak telah menyalahgunakan penggunaan polis pengiring ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Baru-baru ini, telah tular di TikTok sebuah rakaman dash cam yang memaparkan polis pengiring kenderaan rasmi dikatakan milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meraih perhatian warganet apabila ia memberi laluan kepada sebuah ambulans dalam kesesakan lalu lintas.
https://www.tiktok.com/@bengkelminda/video/7175047927281372442?is_from_webapp=v1&item_id=7175047927281372442&web_id=7022895614161913345
Melalui video berkenaan, dapat dilihat kesesakan lalu lintas yang berlaku semasa peak hour pergerakan ke pejabat dan semua kenderaan sedang bergerak secara perlahan. Kejadian itu difahamkan berlaku di sekitar Sungai Ramal, Kajang pada jam 7:54 pagi.
Secara tiba-tiba, kedengaran bunyi siren sebuah ambulans yang diiringi beberapa anggota polis serta kelihatan sebuah konvoi dibelakangnya. First time tengok ambulans join konvoi macam ni..
Selepas kejadian itu, warganet meluahkan rasa kagum terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminjamkan polis pengiringnya untuk mengiringi ambulans tersebut agar ia tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Apa kata netizen?
Rata-rata ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan netizen yang meluahkan perasaan kagum dengan tindakan DSAI yang mengutamakan kes kecemasan itu.
Memang terbaik! Apapun semoga orang dalam ambulans tu cepat sembuh!
Baca : DS Anwar Terima Gaji RM1 Sahaja Ketika Jadi Penasihat Ekonomi Selangor, Bukan RM15 Juta