in

“Terbaik RTM” – Netizen Puji Pembaca Berita Pakai Mafla Palestin Ketika Baca Laporan

Pembaca Berita Pakai Mafla Palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak tercetusnya serangan di Palestin, pemimpin dan rakyat Malaysia lantang dalam menunjukkan sokongan kepada saudara di sana.

Bukan saja menyatakan sokongan di platform media sosial, malah ada yang turut hadir dalam perhimpunan aman bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu di Palestin.


Turut tidak terkecuali apabila beberapa pembaca berita di siaran RTM dilihat memakai mafla Palestin sebagai tanda solidariti ketika menyampai berita semalam.

Artikel berkaitan: “Saya terfikir anak saya” – Pembaca Berita Sebak Waktu ‘Live’, Baca Kes Budak 4 Tahun Maut Kemalangan

Artikel berkaitan: Tak Dapat Sertai Secara Nyata, Remaja Bawah Umur Buat Solidariti Untuk Palestin Dekat Roblox

Malah, mereka mengakhiri setiap laporan yang disampaikan dengan slogan politik Palestin iaitu ‘dari sungai hingga ke segara, Palestin pasti merdeka’.

Pembaca berita memakai mafla ketika menyampaikan laporan dikongsikan oleh seorang pengguna laman X dan hantaran itu telah meraih perhatian netizen.

“Wow RTM amazingggg semua pemberita pakai mafla Palestin,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan bangga dengan keberanian stesen berita ini yang tidak segan menunjukkan sokongan.

Malah, netizen dari negara seberang juga turut mengagumi kelantangan rakyat Malaysia dalam isu Palestin ini. Dalam pada itu, netizen juga berharap ia turut menjadi ikutan kepada stesen TV lain.

Screenshot 2023 10 26 154632 Screenshot 2023 10 26 154702 Screenshot 2023 10 26 154727 Screenshot 2023 10 26 155145

Palestin, namamu dalam doa kami!

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.