in

Terbaik! Pelajar Malaysia Juara Debat Bahasa Mandarin di China

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang diketahui ramai, bahasa Mandarin ni memang susah nak dikuasai. Nak fasih bercakap dalam bahasa Mandarin tu dah satu hal, apatah lagi kalau kena berdebat dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda kita.

Tapi semuanya tak mustahil apabila dua orang pelajar Malaysia di China membuktikan kemampuan mereka hingga berjaya bergelar juara untuk Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China, lapor Harian Metro.


35747321 408348606313867 9064881064958230528 N
sumber: facebook

Pelajar tersebut merupakan Nur Afifah Elias dan Arina Safwah yang mewakili Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) dan daerah Hebei. Pasukan debat yang bertanding terdiri daripada wakil 16 buah universiti termuka di daerah Beijing.

Peserta-pesertanya pula datang daripada pelbagai negara termasuklah Malaysia, Jepun, Sweden, Australia, Korea Selatan, Mexico dan beberapa buah lagi negara lain. Pertandingan yang diadakan di Beijing, Hebei dan Tianjin itu bermula sejak 15 April yang lalu dan berakhir pada 15 Jun 2018.

35900539 408348356313892 6355475970765357056 N
sumber: facebook

Lepas mengharungi lima pusingan selama tiga bulan, Afifah dan Arina akhirnya berjaya meraih gelaran juara dengan aksi debat yang hebat, kesungguhan dan kualiti penguasaan bahasa Mandarin mengagumkan. Cayalah!

Antara tajuk yang diperdebatkan oleh mereka termasuklah ‘Media sosial lebih mendekatkan masyarakat atau sebaliknya’ dan ‘Penularan di media sosial barah atau penawar?’. Dengan kemenangan ini, Education Malaysia Beijing (EMB) menyatakan rasa bangga dengan prestasi dan pencapaian penuntut Malaysia.

35812698 408348309647230 4490466291689193472 N
sumber: facebook

“Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun lain.”

“Semoga lebih ramai lagi penuntut Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini.”

Wah dahsyatnya dorang ni! Memang power lah boleh berdebat dalam bahasa Mandarin. Tahniah Afifah dan Arina!

Baca: Pelajar Malaysia Pertama Sertai Persidangan United Nation International Model Berjaya Rangkul Beberapa Anugerah

India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.