in

“Terbaik Husna!” – Netizen Kagum Wartawan China Fasih Temuramah TPM Dalam Bahasa Melayu

husna liang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wartawan dari China telah meraih perhatian ramai apabila dia dilihat fasih berbicara dalam bahasa Melayu ketika menemuramah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam klip video berdurasi satu minit yang dimuat naik di laman TikToknya, wartawan wanita itu berjaya melaksanakan temubual tersebut dengan penuh profesionalisme sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.


Wartawan wanita itu dikenali sebagai Husna Liang, merupakan seorang wartawan dari China Media Group (CMG) yang berasal dari provisi Yunnan.

Artikel berkaitan: “Sedap pula tu bacaan dia” – Wanita Melayu Jadi Pembaca Berita Mandarin Buat Netizen Kagum

Artikel berkaitan: Gadis Jepun Tinggal 7 Bulan Di Malaysia Fasih Cakap Melayu, Siap Tahu Pasal ‘Janji Melayu’!

Video pertemuan Husna bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendapat pujian ramai kerana dia dilihat begitu fasih dan tidak berbunyi terlalu baku ketika bertutur dalam bahasa Melayu.

“Wawancara kali ini dilakukan sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia, amat bermakna bagi saya! Terima kasih banyak!” tulisnya di ruangan kapsyen video.

@husnaliangliang

Chinese reporter interview the Hon. Deputy Prime Minister #AhmadZahidHamidi in Malay Language. Wawancara kali ini dilakukan sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia, amat bermakna bagi saya! ????Terima kasih banya! #bahasamelayu #Malaysia #50thAnniversaryChinaMalaysia

♬ 原创音乐 – Husna

Screenshot 2024 06 04 123848 Screenshot 2024 06 04 123908 Screenshot 2024 06 04 123916

Difahamkan, Husna mempelajari bahasa Melayu selepas mengikuti program pertukaran pelajar selama setahun di Universiti Malaya.

Menurutnya, nama Husna tersebut diberi oleh pensyarah Bahasa Melayunya  di Universiti Minzu Yunnan.

Katanya, dia banyak mendengar lagu-lagu penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza untuk mempertingkatkan kemahirannya dalam bahasa Melayu.

Sumber: TikTok, NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.