in

“Terasa impak blockout di sini” – Rossa Akui Kempen Boikot Di Indonesia Tak Sekuat Malaysia

kempen boikot indonesia tak sekuat malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, kempen memboikot selebriti yang menjalinkan kerjasama dengan produk berkaitan Israel yang dilaksanakan pengguna media sosial di Malaysia pada minggu lalu memberi kesan kepada sebahagian selebriti ini.

Perkara itu juga telah membuatkan penyanyi terkenal dari negara seberang iaitu Rossa berasa kagum dengan solidariti yang dipamerkan rakyat Malaysia.


Kata Rossa atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handayani, 46, kempen sebegitu turut berlaku di Indonesia namun tidak sehebat di sini atas beberapa faktor seperti perbezaan aliran pemikiran dan geografi.

Artikel berkaitan: Muncul Akaun Blockout 2024 Di Instagram, Senaraikan Selebriti Yang Patut ‘Follow’ & Diboikot

Artikel berkaitan: “Tak semua boleh buat macam dia” – Netizen Puji Daiyan Trisha Serta-merta Tamatkan Kontrak Jenama Boikot

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

“Sebenarnya, gerakan boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia. Saya merasakan impak Blockout itu hanya di Malaysia.

“Di Indonesia ada sebahagian masyarakat mempunyai pemikiran masing-masing. Lagipun, lebih besar dan rakyatnya ramai,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, penyanyi yang popular dengan lagu Pudar ini mengatakan di Indonesia akan ada perhimpunan untuk memperjuangkan penduduk Palestin pada setiap hujung minggu.

Pada masa yang sama, Rossa juga mengakui sedang cuba tidak lagi mempromosikan jenama yang menunjukkan sokongan terhadap Zionis.

“Sejak dahulu, saya tidak mempromosikan barangan jenama pro-Israel. Saya tak kisah kalau tujuan kerja seperti menghadiri acara.

“Tapi, kalau ia nampak ‘hard sell’, saya tidak akan melakukannya,” kata Rossa.

Antara selebriti Malaysia yang tersenarai dalam kempen boikot ini termasuklah Meerqeen, Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan beberapa selebriti lagi.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.