Seorang tentera wanita yang berusia 44 tahun dijatuhi hukuman penjara 7 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh, Melaka selepas mengalu bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap anak lelaki sendiri.
Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah pada hari Selasa.
Artikel berkaitan: Lakukan Amang Seksual Terhadap 9 Orang Murid Lelaki, Guru Hadap 11 Pertuduhan
Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 2 Direman 4 Hari, Didakwa Lakukan Amang Seksual Kepada Rakan Sekolah
Menerusi sumber, kesalahan tersebut dilakukan di sebuah Taman Peruna, Sungai Udang, daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 10.30 malam pada akhir Disember 2024.
Tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1)Akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin hadir untuk pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam mitigasi, tertuduh yang merupakan seorang ibu tunggal telah merayu hukuman yang lebih ringan dijatuhkan kepadanya dan tertuduh mengatakan bahawa dia perlu menyara 3 anaknya selepas tamat hukuman penjara. Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh penangkapannya pada 3 Mac.
Sumber : mStar Online
