in

“Tengok sekali nampak betul” – Suara & Video Ceramah UAI Disunting, Netizen Dakwa Guna Teknologi AI?

uai 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, hampir semua perkara zaman ini menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk menyunting suara ataupun wajah manusia. Namun, kecanggihan teknologi ini disalah gunakan oleh beberapa individu untuk menipu orang lain.

Sebelum ini, pernah viral gambar Khairul Aming disunting wajahnya untuk mempromosi telefon pintar di hadapan kedai dan terbaru, tular di X satu video penceramah terkenal Malaysia, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang didakwa juga menggunakan teknologi AI.


Suara hampir sama, tapi gerakan mulut berbeza?

Dalam video tersebut, UAI seperti sedang memberi ceramah kepada orang awam dan ada dua orang lelaki memakai pelitup muka, kononnya sedang mendengar ceramah itu. Walau bagaimanapun, wajah suara dalam video itu seakan-akan sama dengan UAI namun gerakan bibirnya nampak tidak selari dengan suara tersebut.

Macam manalah orang tua tak tertipu. Video Ustaz Azhar Idrus, suara tukar pakai AI, ada logo Astro Awani. Zaman fitnah.

Artikel berkaitan: “Sah tapi berdosa” – UAI Jawab Pasangan Nikah Di Thailand Tapi Tak Direstui Ibu Bapa

Artikel berkaitan: “Tak perlu kot mulut tu memandai” – Uqasha Senrose Jawab Tuduhan Bergambar Terlalu Rapat Dengan UAI

‘UAI’ mengatakan, gula darahnya telah dinormalisasi, ulser serta sensitiviti anggota badannya kembali pulih selepas menjalani satu kursus rawatan. Katanya lagi, beliau telah menderita diabetes selama lima tahun dan telah sembuh daripada penyakit itu.

“Tengok sekali nampak betul”

Selalunya ketika UAI menyampaikan ceramah dalam loghat Terengganu namun suara dalam video itu tiada bunyi loghat tersebut. Disebabkan itu, ramai netizen mendakwa suara tersebut menggunakan teknologi AI.

uai 1

Netizen juga beranggapan teknologi AI ini ada baiknya namun banyak kemudaratan terjadi apabila segelintir orang menyalahgunakan kecanggihan teknologi tersebut untuk mempromosi produk.

uai 2 uai 3

Dengar sekali memang macam sama, nasib baik tak tertipu…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.