Memang menjadi lumrah untuk kita memilih kedai yang menjual makanan yang sedap. Apabila makanan yang dijual sedap, kita tidak kisah sama ada makanan itu mahal ataupun terpaksa beratur panjang bagi menanti makanan tersebut.
Selain itu, sekiranya peniaga mempunyai rupa paras yang menarik, lagilah kita seronok nak menjejakkan kaki ke situ. Betullah apa kata orang. Perniagaan perlu ada tarikan tersendiri barulah ramai yang datang membeli.
Baru-baru ini, tular di Twitter apabila seorang wanita memuat naik makanan yang dijualnya di media sosial untuk tujuan promosi. Namun, apa yang lebih mendapat perhatian netizen ialah rupa paras pemilik perniagaan tersebut yang dikatakan boleh mencairkan hati para pembeli. Amboi…

Pemilik Twitter yang bernama Wana itu memuat naik gambarnya pada 14 November lalu bersama dengan gambar nasi ayam bakar dengan sos lada hitam yang dijual di gerainya.
Menerusi perkongsian berkenaan, Wana menulis:
Saya menjual nasi ayam bakar sos lada hitam dan nasi beras perang. Kepada sesiapa yang nak diet, sangat bagus makan nasi beras perang dengan ayam bakar.”


Wana juga turut menyatakan nasi ayam bakar dengan sos lada hitamnya adalah makanan best seller di gerai tersebut yang terletak di Medan Petaling Jaya.
Sejak daripada itu, tweet Wana telah mendapat sebanyak 7,500 retweet dan 3,600 likes. Wana ternyata tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai dan dia telah menaikkan tweet baru untuk berterima kasih kepada semua yang berminat.

Ucapan ringkas daripada gadis penjual ini juga telah mendapat perhatian orang ramai kerana rata-rata netizen sudah mula bertanyakan kedudukan gerainya serta menyatakan hasrat untuk membeli makanan di situ.

Rata-rata netizen juga seterusnya memberikan komen yang positif kepada Wana sehingga ada yang bertanya sekiranya Wana mampu membuat perkhidmatan delivery. Selain itu, ada juga netizen yang mengusik serta memuji rupa paras Wana yang cantik jelita. Ceh sempat lagi korang ye!





Tahniah kepada Wana kerana berjaya mempromosikan perniagaannya itu. Semoga perniagaan bertambah maju. Mesti nasi ayam yang dijual sedap sehingga dapat perhatian ramai.
Baca: Gadis Jual Sandwic di Ukay Perdana Tarik Perhatian, Netizen Puji Usaha Cari Rezeki Halal