in

“Tengok org meninggal depan mata, masuk dalam beg berzip” – Bekas Pesakit Kongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Sepanjang Berada di Wad Covid-19

Ft Covid19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah ‘ngeri’ sepanjang menerima rawatan di wad hospital dikongsi oleh Puan Wan Noreen Wan Hasan mendapat perhatian ramai di Facebook.

Menurut mStar, Noreen menceritakan perasaan takut terbesar pernah dirasainya saat bertarung nyawa sebagai pesakit Covid-19 pada Disember lepas.


 

“Mata rasa macam nak terkeluar”

Kata Noreen, dia mula mengalami simptom iaitu demam pada 24 Disember dan keadaannya menjadi lebih teruk tiga hari kemudian. Ketika itulah dia tergerak hati untuk membuat swab test.

“Rasa macam tekak tu a bit dry. Tak sakit tapi dry. Start berpeluh, peluh tu keluar sejuk macam ice. Lepas tu rasa macam pelik kenapa badan dah tak panas but biji mata ni rasa macam nak terkeluar.”

“I still continue makan ubat pergi kerja macam biasa. Day by day I start sakit dekat belakang ni. Letak macam-macam nak bagi lega, sakit tu still menyucuk. Then dah rasa sesak nafas teruk then lagi teruk.”

Covid4

Pada 30 Disember, Noreen yang cuti ketika itu pergi membuat swab test di hospital swasta dan mendapati dia positif. Keesokan hari, dia menghubungi KKM dan dimaklumkan bahawa dia perlu menunggu kerana terlalu ramai.

“I dah sesak nafas, sampai ambulans datang ambil doctor on duty masa tu terus tepuk dada I kuat kuat sementara oksigen tu nak sambung. 2nd test PCR dekat hospital still positive, I dah makin teruk.”

“Dehydrated sebab dah banyak hari takda selera makan, hilang deria rasa dan bau. Then, amik darah dekat nadi, dkt nadi guys! Sakit! Doctor nak check oxygen dalam darah I cukup ke tak.”

 

Tengok orang menggelepur, meninggal depan mata

Lima hari seterusnya, Noreen berada di wad kritikal dan dipantau serta kena ambil darah hingga 5kali sehari. Malah, doktor juga maklumkan yang nama Noreen sudah berada dalam senarai untuk dimasukkan ke wad ICU.

Sepanjang tempoh itu jugalah Noreen menyaksikan pesakit yang meninggal dunia dan dimasukkan ke dalam ‘guni’ berzip berwarna hijau. Selepas membuat scan, doktor juga maklumkan yang paru-paru kanan Noreen ada darah beku dan kuman dah merebak.

“Tengok orang meninggal depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip colour hijau. Those yang keluar ICU, dorang akan dipantau dekat ward kritikal. Bila dorang buka oxygen, serious mengelupur.”

“Lepas tu doctor decide nak buat scan. My right lungs dah start ada darah beku and worst, kuman dah merebak. I dah jadi pneumonia rupanya! Ada patient yang mengamok, stress. Nak bunuh diri, nak balik menjerit-jerit.”

Covid3

 

“Jangan duk galak sangat gelak sana sini melancong sana sini”

Noreen juga berpesan supaya netizen untuk tidak ambil ringan kerana virus ini sangat bahaya. Dia juga berharap agar semua duduk rumah dan kesiankan para frontliners yang penat memerangi wabak ini.

So guys, covid ni real okay! Jangan duk galak sangat gelak sana sini melancong sana sini. Kuman ni memang tak nampak, even though I pun tak tahu I dapat dari mana. Luckily my kids all negative. Once dia attack, MEMBUNUH! Just stay at home!”

Katil sana tak pernah kosong! Penuh! 2 nurse jaga 28 katil! Bayangkan, dorang la nak kena bagi drip, cuci berak patient, kutip sampah, monitor patient.”

Bayangkanlah. Nurse dekat sana paling takot jaga ICU! Sebab?? Sana kuman lagi worst! Dorang betul-betul sacrifice untuk kita semua, tolong la appreciate dorang. Nak solat pun terkejar-kejar..”

Baca perkongsian penuh Puan Noreen di bawah:

https://www.facebook.com/ereen.wanhasan/posts/4195067247174386

Baca: “Diberi makan 3 kali sehari” – Pengguna Media Sosial Ini Kongsi Pengalaman Jalani Kuarantin Di MAEPS, Serdang

Maeps

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.