in

“Tengok macam murah”- Ini Perbandingan Gaya Belanja Zaman Dulu Dengan Sekarang Dari Filem Bujang Lapok

fi pramlee full 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para peminat filem-filem seniman negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mesti perasan yang setiap filem dan cerita yang diterbitkan oleh beliau pasti tersirat maksud dan nasihat tersendiri kan?

Tak kira lah cerita yang mana satu, Nujum Pak Belalang, Do Re Mi, Ali Baba Bujang Lapok ataupun yang lainnya mesti ada terselit satu dua maksud tersirat yang berguna untuk kita sampai sekarang.


Seperti yang dikongsikan oleh saudara Illias Masri ini, sebenarnya filem Bujang Lapok merupakan kritikan sosial terhadap gaya belanja masyarakat pada zaman dulu. Daripada perkongsian tersebut juga, Illias telah membuat perbandingan anggaran nilai wang zaman dulu dengan nilai wang tahun 2013 yang boleh buat anda terkejut!

pramlee image

Upah jaga rahsia Ayu; 20 sen

ayu 20sen

Kalau kita lihat upah si kecil Ayu dalam filem Bujang Lapok ini bukanlah mahal sangat pun kan? Setakat 20 sen je. Tetapi, nilai tersebut jika dibandingkan dengan nilai tahun 2013, anggaran upah jaga rahsia si Ayu ni mahal juga ya, RM4.40! Bukan setakat jajan dengan gula-gula je, macam-macam boleh beli dengan 20 sen tu dulu.

Mas kahwin Sudin; RM 1 000 serba satu

sudin kawin

Kalau diikutkan nilai mas kahwin Si Sudin pada tahun 2013 berharga RM21, 939. Nilai dia lagi tinggi daripada hantaran RM15K viral anak dara zaman sekarang tau! Patut lah Ajis tak setuju dan dan anggap majlis kahwin Si Sudin ni terlalu besar-besaran. Eton tu ada degree ke? Tinggi bebenau mas kahwinnya! hehehe

Nilai gadaian cincin Mak Eton; RM3 000

cincin

Disebabkan oleh demand mak Si Eton tu tinggi sangat, kan dah dicuri cicin berliannya tu buat modal nak kahwin! Kalau pada zaman itu nilainya RM3 000, pada tahun 2013 nilainya ialah RM65, 000! Kalau diikutkan memang kaya lah keluarga Eton ni. Patut lah nak kahwinkan anak dengan orang ‘have-have’…

Jumlah pinjaman jiran sebelah rumah Sudin dari Benggali untuk belanja kahwin; RM5 000

hutang

Pada tahun 2013, nilai hutang si Benggali tersebut ialah sebanyak RM110, 000! Banyak betul hutang dia! Bayangkan lah sampai tahun 2021 ni pun hutang sebanyak tu memang akan makan masa yang sangat lama nak dibayar. Itu kalau kerja gaji RM5 000 sebulan pun ambil masa bertahun nak habiskan hutang. Belum campur interest lagi. Boleh beli rumah harga tu!

Nilai beef steak untuk 12 orang makan yang perlu dibayar oleh Ramlee sehingga pulang sehelai sepinggang; RM38

ramlee steak

Kalau pada zaman dulu total nilai harga beef steak untuk 12 orang makan ialah RM38, pada tahun 2013 ia bernilai RM834! Bila difikirkan balik logik lah sebab jarang makan beef steak murah. Agaknya kalau dibandingkan dengan harga zaman sekarang dia dah boleh lawan harga ‘siakap kayangan’ dekat Langkawi tu tak? 

Jadi, walaupun nilai kadar inflasi di Malaysia sebenarnya masih terkawal dalam lingkungan 3-4% sahaja, kita boleh lihat gaya perbelanjaan masyarakat di Malaysia daripada zaman dulu lagi sebenarnya agak tinggi.

Ini baru sampai tahun 2013, korang rasa sampai 2021 ni berapa agaknya nilai banding kos belanja dekat Malaysia ni?

Baca: “Bila i-Sinar jadi i-Malap” [Video] Kecewa Dengan Syarat Pengeluaran KWSP, Azman Naim Buat ‘Coverosak’ Lagu P Ramlee

baca pramlee

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.