Rasanya semua dah tahu bahawa malam ini bakal berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sudah semestinya perlawanan ini antara yang dinanti-nantikan oleh orang ramai terutamanya penyokong dari Johor dan Terengganu, namun begitu, dalam keterujaan penonton menunggu perlawanan, timbul isu yang boleh dikatakan kurang enak.
Artikel Berkaitan : Tular Video Main Bola Bersama Dewasa, Remaja 13 Tahun Dipinang Akademi JDT
Artikel Berkaitan : “Fan’Terengganu Rupanya- Netizen Bengang Sehingga Cari FB Pengadil Piala Malaysia
TikTok SINAR ada menunjukkan keadaan terkini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) 9 jam sebelum ianya berlangsung. Video yang berdurasi 18 saat itu memperlihatkan kakitangan sedang bertungkus lumus menaburkan sesuatu diatas padang.
@sinar_my 9 jam sebelum sepak mula Piala Malaysia. Ini lah keadaan terkini padang SNBJ #xyzbca #SINARKongsi #trending #PialaMalaysia2023 #fypシ゚viral #padangbola #padangsnbj
Perkongsian ini telah mengundang pertikaian netizen kerana mereka anggap pihak stadium telah melakukan penyelenggaraan pada saat-saat akhir sebelum perlawanan.
Ia juga mencetuskan tanda tanya netizen mengenai keadaan padang tersebut dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Dalam pada itu, ada juga yang mula mempersoalkan kredibiliti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Hans Isaac dalam hal ini.
 
 
Hurm, apapun, kita saksikan perlawanan malam ni, harap tak ada perkara aneh berlaku.
Sumber : TikTok
					