in

“Tengok je dah rasa pedas” – Jom Kenali Festival Cili Yang Diadakan Setiap Tahun di Hunan, China

feature 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau di Thailand, ada festival Songkran yang dianjurkan setiap tahun, manakala di China ada satu festival yang unik dan ‘berapi’ iaitu Festival Cili yang diadakan di wilayah Hunan, China.

Menurut The Culture Trip, festival ini diadakan setiap tahun dan ianya dikatakan berlaku sekitar bulan Julai dan Ogos. Acara yang paling menarik perhatian adalah pertandingan makan 50 biji lada Tabasco, lapor The Jakarta Post.


cili 3

Pada tahun 2018, pertandingan yang telah diadakan di Taman Tema Tanhe Ancient City itu telah dimenangi oleh lelaki tempatan iaitu Tang Shuaihui dan dia berjaya membawa pulang tiga gram syiling emas 24-karat. Fuh, bukan biasa-biasa hadiah dia pun. 

Disebabkan cili yang para peserta kena makan tu pedas, pihak penganjur akan menyediakan pasukan perubatan just in case ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

cili 2

Dalam pertandingan itu, Tang Shuaihui berjaya menghabiskan sepinggan cili itu dalam masa 68 saat je. Memang tahan pedas betul ni, kalau admin nak makan ayam geprek je dah berair hidung. 

Yang lagi dahsyatnya, semua peserta perlu menghabiskan cili tersebut sambil berendam dalam kolam yang telah diisi dengan tiga tan cili yang terapung.

Namun, difahamkan, cili yang diletakkan dalam kolam tu terdiri daripada cili yang tidak terlalu pedas untuk mengelakkan kerengsaan kulit.

Katanya, wilayah Hunan sememangnya popular dengan penggunaan cili yang pedas dalam masakan mereka. Makanan di kawasan ini juga merupakan antara lapan makanan tradisi yang paling sedap di China.

So, korang yang suka makan pedas ni, ada bran? 

Baca: “China ni patut dihapuskan terus dari peta dunia” – [Video] Selebriti Dunia Merayu Minta China Hentikan Yulin Dog Meat Festival

china

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.