in

Tengku Mahkota Pahang Titah Keadilan Diberi Kepada Mangsa Pukul Oleh Kerabat

Tengku Mahkota Pahang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tengku Mahkota Pahang (TMP), Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan keadilan diberikan kepada seorang lelaki yang didakwa dipukul oleh Kerabat Diraja Pahang bulan lalu.

Screenshot 2024 10 19 At 12.36.58 Am

Memetik laporan Astro Awani, baginda menitahkan perkara itu melalui akaun Instagram Story di akaun baginda @this.7.


“Mangsa ialah rakyat beta. Berikannya keadilan sekarang”

Dalam hantaran itu juga, Tengku Hassanal turut bertitah mengenai mereka yang berdiri di pihak kebenaran akan sentiasa menang, manakala mereka yang berada di pihak salah akan jatuh.

Screenshot 2024 10 19 At 12.37.15 Am

Terdahulu, baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Abdulaziz meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan penuh dalam kadar segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi atas nama keadilan.

Artikel berkaitan: “Our Tengku Mahkota Pahang” – Selesai Panjat Gunung Tahan, Tengku Hassanal ‘Sempoi’ Ronda Kampung Jumpa Rakyat

Artikel berkaitan: “Saya tidak akan melindungi” – Tengku Hassanal Mahu Polis Siasat Kes Kerabat Pahang Langgar Undang-undang

Untuk rekod, seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan mendakwa telah dipukul oleh seorang Kerabat Diraja dari Pahang dan beberapa individu.

Dalam kejadian itu mangsa telah cedera akibat diserang dengan senjata dan pistol.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.