in

Tengk*rak Manusia Dijumpai Dalam Rumah Kayu, Dipercayai Anak Bekas ADUN

syaz ft 2025 07 24T101858.663 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu berita mengejutkan berlaku di mana rangka dan tengkorak manusia ditemui di tingkat atas sebuah rumah kayu dua tingkat di Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan, Perak.

Jenazah itu dipercayai anak bongsu bekas Ahli Dewan Undangan Negara (ADUN) Pasir Bedamar Wah Keng Jooi, yang berkhidmat dari 1959 hingga 1964.


Artikel berkaitan: Polis Sahkan Mayat Yang Ditemui Dalam Gaung Rupanya Mangsa B*nuh

Artikel berkaitan: Mayat Misteri Ditemui Terapung Di Taman Tasik Danau Kota

Penemuan itu dibuat selepas abang mangsa berusia 78 tahun itu pergi ke rumah tersebut pada pukul 11 pagi Sabtu untuk melawat adiknya berusia 75 tahun dan terhidu bau yang mencurigakan.

6055575593401044387 1753294088

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, abangnya membuat laporan polis pada jam 2.24 petang hari sama selepas dia tidak dapat naik ke tingkat atas kerana tangga kayu yang reput.

“Satu pasukan polis daerah dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat pergi ke lokasi tersebut untuk melakukan pemeriksaan.

Siasatan awal menemui tengkorak dan rangka manusia bersama anjing peliharaan mangsa serta beberapa barangan peribadi di tingkat atas rumah,” katanya.

Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri di rumah pusaka peninggalan keluarganya. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Beliau juga memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.