in

“Tengah tenat yg amat sgt” – [VIDEO] Viral Rakaman Keadaan di Hospital Klang, Netizen Bimbang Kes Tak Menurun

Ft Htartenat

Baru-baru ini, viral di media sosial selepas netizen kongsikan keadaan semasa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang yang terpaksa menambah katil di bahagian luar Jabatan Kecemasan.

Menurut laporan, kerajaan dikatakan akan menghantar 60 katil dan peralatan tambahan ke hospital selepas melihat keadaan di mana pesakit terpaksa baring di atas katil pengusung dialas dengan kain kanvas.

Difahamkan, mereka semua merupakan pesakit positif Covid-19 yang sedang menunggu masa untuk dipindahkan ke Maeps. Bukan itu sahaja yang viral di media sosial namun rakaman penuh menunjukkan keadaan di dalam hospital tersebut turut tersebar di aplikasi Whatsapp sejak semalam.

Klang Gh Hospital Covid Pesakit 12 672X420 1

Video tersebut tersebar dari satu kumpulan ke satu kumpulan di Whatsapp dan bersama rakaman itu, satu nota turut disebarkan. Nota itu memberi bayangan seolah-olah ia adalah mesej daripada frontliner sendiri yang menceritakan keadaan di hospital berkenaan dan turut memohon agar rakyat mendoakan mereka.

Mohon doakan kami semua frontliner Hospital Klang, sebab disaster sekarang, tengah tenat yang amat sangat.”

Kami tengah bertarung dekat HTAR sekarang, doakan kami semua. Jangan datang HTAR jika tiada urusan penting.”

Image From Ios

Melalui video tersebut, keadaan di bahagian dalam lebih huru hara daripada apa yang dilihat netizen di bahagian luar Jabatan Kecemasan itu. Ramai pesakit dilihat memenuhi ruangan menunggu di situ di mana ada yang terbaring dan ada yang turut terpaksa duduk sahaja di kerusi tempat menunggu.

Masing-masing dilihat bersama beg mereka yang diletakkan di tepi kerusi, juga dipercayai sedang menunggu untuk diambil dan dibawa ke Maeps. Malah, pada permulaan video itu juga boleh dilihat terdapat beberapa beg jenazah untuk pesakit Covid-19 namun tidak dapat dipastikan sama ada ia kosong atau mempunyai pesakit yang telah meninggal dunia.

Situasi itu menimbulkan kegusaran netizen apatah lagi keadaan semasa Covid-19 di negara kita dilihat seolah-olah semakin memburuk. Dengan kes harian yang tidak menunjukkan penurunan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Selangor, netizen berharap kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Baca: Pesakit Terpaksa Baring Luar Jabatan Kecemasan, Kerajaan Hantar 60 Katil ‘Extra’ Ke HTAR

Collage 21