Cuaca di Seoul, Korea Selatan hari ini dilaporkan mengalami cuaca buruk, menurut laporan Astro Awani, bandar tersebut diliputi salji setebal 16 cm dan ia mencatatkan rekod baharu bagi November sejak pemerhatian cuaca moden dimulakan pada 1907.
Disebabkan itu, sebanyak 12 penerbangan dibatalkan manakala 38 penerbangan ditangguhkan setakat 9 pagi (waktu tempatan), menurut Korea Airports Corp dan Incheon International Airport Corp.
Artikel berkaitan : Ada Peminat ‘Taksub’ Nak Jadi Isteri Kedua Aiman Tino, Ibu Buat Laporan Polis
Artikel berkaitan : “Nasib la sape yang sangkut dengan family mokcik” – Ibu Aiman Tino Jawab Komen Netizen Lepas Digelar Mentua Dari Neraka
Lebih membimbangkan penyanyi terkenal, Aiman Tino kini yang sedang berada di sana bersama isteri dan dia antara individu yang berada di dalam penerbangan yang terkandas untuk pulang ke Malaysia.
Menerusi IG Story miliknya, Aiman Tino menyatakan bahawa dia dan isteri bersama penumpang lain hanya duduk dalam pesawat selama 8 jam sebelum dibenarkan kembali masuk ke lapangan terbang.
“Tiba-tiba rasa seram pulak. Sepatutnya hari ini kami balik (Rabu), nak jadikan cerita kami dah masuk kapal terbang dari pukul 11 pagi tapi tiba-tiba ditangguhkan.”
“Kami tersangkut dalam kapal terbang lapan jam dan diberitahu tentang cuaca Seoul sekarang agak teruk.”
Katanya lagi, mereka terpaksa menahan lapar kerana sudah hampir seharian berada di dalam kapal.
“Yang menyedihkan lagi hari ini saya dan isteri tak sempat sarapan sebab terpaksa bergegas dari hotel terus ke lapangan terbang.”
“Sampai sekarang kami tak makan lagi. Nasib baik Malaysia Airlines bagi kacang dan sandwic, dapat juga alas perut sikit tapi sekarang tengah lapar.”
Dalam masa sama, Aiman berharap agar dia dapat pulang ke Malaysia memandangkan dia terikat dengan jadual kerja yang perlu diuruskan.
Sumber : Astro Awani, Instagram