in

“Tempat sempit pun buat kerja!” – [VIDEO] Wanita Rugi RM 5,000 Lepas Rantai Diragut Tepi Jalan

Untitled Design 2022 03 08T123335.117

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenayah ragut merupakan salah sebuah jenayah yang berat dan ia juga boleh mengakibatkan kematian kepada mangsa jika malang tidak berbau.

Orang ramai mampu mengelak daripada menjadi mangsa kes jenayah ragut sekiranya lebih peka dengan keadaan sekeliling serta mengambil langkah keselamatan seperti tidak mempamerkan barang kemas secara berlebihan.


Baru-baru ini, sebuah video yang dikongsikan dalam Facebook Info Roadblock Seluruh Malaysia memaparkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila rantai emas yang dipakainya diragut secara tiba-tiba oleh seorang lelaki di Kawasan Taman Selayang Jaya, Batu Caves.

Dalam laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, video klip berdurasi 18 saat memaparkan kejadian ragut oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal itu kini telah tular di platform media sosial.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 12.10 tengah hari ketika wanita (mangsa) yang berusia 27 tahun itu bersama suaminya berada di hadapan sebuah restoran di tempat kejadian.

“Semasa mahu menaiki motosikal untuk pulang ke rumah, tiba-tiba mangsa didatangi seorang lelaki yang menaiki motosikal Yamaha 135 LC (hijau) lalu meragut rantai emas yang dipakainya dan bertindak melarikan diri,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Menurutnya lagi, siasatan berkenaan kes ragut itu sedang giat dijalankan dan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

Stay safe ya semua! 

Baca: “Saya boleh bayar you” – [VIDEO] Rantai Ada ‘Sentimental Value’ Diragut, Pemuda Minta Rider Pulangkan & Tawar RM 500

Untitled Design 2022 03 08T123618.267

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.