in

Tayangan Khas ‘Sayu Yang Syukur’ Di GSC Mid Valley Meriah!

Ft Sayu Yang Syukur

Tayangan khas dan eksklusif filem arahan dan lakonan terbaharu Dato Aaron Aziz, Sayu Yang Syukur yang diadakan di GSC Mid Valley baru-baru ini menyemarakkan serta mempersonakan kecemerlangan dunia perfileman.

Acara yang dianjurkan oleh Presiden The Knights Award, Dr. Zyro Wong tersebut adalah untuk meraikan kegembiraan dan pencapaian cemerlang Dato Aaron Aziz sebagai salah seorang pemenang The Knights Award Musim Pertama.

Tayangan khas dan eksklusif tersebut telah dihadiri 125 tetamu kehormat, menampilkan pelakon utama filem tersebut iaitu Nora Danish dan juga Arja Lee. Dalam masa yang sama, majlis tayangan itu juga dihadiri oleh HRH Putera Alameer dari Arab Saudi, para pemenang dan juga ahli The Knights Award.

Group Photo 1

Add 6

Apa yang pasti, acara ini menandakan komitmen The Knights Award untuk memupuk dan menyediakan platform rangkaian elit di mana perkongsian berkembang maju, dan kejayaan kolektif diraikan.

Selain tayangan eksklusif, satu sesi menandatangani autograf bersama para selebriti juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara berkenaan. Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa dedikasi The Knights Award untuk menjadi hab kerjasama, sokongan serta menyatupadukan banyak pihak dalam meraikan pencapaian.

Add 2

Add 3

Add 4
Dalam masa yang sama, tayangan khas ‘Sayu Yang Syukur’ ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan genre serta filem tersebut kepada penonton yang lebih luas dan sebagai rangkuman kepada misi The Knights Awards untuk berkongsi kisah kejayaan masing-masing dan memupuk komuniti yang meraikan pencapaian bersama.

Add 5

‘Sayu Yang Syukur’ merupakan filem bertemakan cinta, dilakonkan serta diarahkan oleh Dato Aaron Aziz serta menampilkan ramai nama-nama besar dalam industri lakonan yang menjanjikan naratif yang pastinya menambat hati penonton.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi : 

Email: contact@theknightsaward.com

Instagram: The Knights Award 

Handphone: 011-2332 3671 (Gabriel)