Tidak lama lagi, bulan Ramadan bakal menemui kita dan pastinya sekarang ini ada yang dah mula membuat persiapan terutamanya pihak pengurusan masjid dan surau seluruh negara bagi menyediakan kemudahan serta keselesaan pada jemaah yang bakal mengimarahkan surau dan masjid untuk mengerjakan solat sunat tarawih.
Susulan itu, tidak hairanlah sekiranya pihak pengurusan ini akan mencari calon imam ‘profesional’ bagi membimbing solat sunat tarawih.
Artikel berkaitan : “Pupuk rasa suka pergi masjid”- Kanak-kanak Di Turkiye Dibenarkan Main Dalam Masjid Lepas Tarawih
Artikel berkaitan : “Tarawih tapi solat 5 waktu tak buat” – Suami Kerap Tidur, Isteri Luah Penat Tanggung Biawak Hidup
Sebagai contoh, hantaran dari sebuah masjid di Kuala Krai, Kelantan melalui Facebook telah menjadi sebutan ramai apabila menawarkan elaun yang lumayan sebagai imam solat tarawih sempena bulan Ramadan akan datang.
Menerusi hantaran di laman sosial berkenaan, pihak pengurusan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Bandar Kuala Krai sedang mencari seorang individu yang mampu mengimamkan solat tarawih selama sebulan dengan elaun yang ditawarkan sebanyak RM6,000.
Selain itu, pihak masjid membuka peluang untuk mereka yang berhajat untuk menghantar resume kepada pihak masjid sebelum 24 Februari, namun keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bermukim di jajahan Kuala Krai.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji pengurusan masjid tersebut selain berharap ianya menjadi benchmark kepada pengurusan masjid yang lain selain menganggap ianya merupakan rezeki buat imam yang bakal dipilih.
Sumber : Facebook