Setiap seorang yang beragama Islam pastinya mempunyai impian untuk melakukan umrah dan haji sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
Oleh itu, sudah pastinya mereka yang sudah kumpul duit bertahun-tahun ini akan mencari pakej umrah atau haji yang terbaik bagi memudahkan urusan mereka di Tanah Suci nanti.
Tawar pakej umrah RM35,000 seorang?
Pun begitu, sebuah agensi swasta yang menawarkan pakej umrah telah menjadi perbualan hangat netizen apabila didakwa mengenakan harga yang agak tinggi bagi mengerjakan umrah bersama usahawan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz.
Pakej 12 hari dan 10 malam ini menawarkan penginapan di Hotel Dar Al Tawhid Makkah yang mana hanya 3 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram, menaiki penerbangan ‘business class’ dengan Saudi Airlines dan perkhidmatan bas VIP.
Harga keseluruhan bagi pakej ini mencecah RM35,000 seorang dan tawaran ini juga katanya agak terhad.
“Pergi umrah sebab nak tunai ibadah… bukannya sibuk nak trip bersama selebriti”
Rata-rata netizen yang tidak bersetuju dengan harga pakej tersebut berpendapat ibadah seperti umrah tidak sepatutnya dikomersialkan, malah ada yang berpendapat ia kurang sesuai diadakan bersama selebriti.
Malah ramai juga yang mendedahkan, pakej VVIP bagi umrah dan haji ini bukanlah perkara baru kerana pakej-pakej seperti ini sudah ada sejak dari dulu lagi dengan harga yang agak ‘keras’.
“Tak ada masalah pun bagi yang mampu”
Namun tak semua yang mengecam harga pakej berkenaan dan berpendapat jika seseorang itu mampu, tiada masalah untuk dia mengeluarkan wang yang banyak untuk mengerjakan umrah.
Malah ada juga yang mengatakan, selain dari pakej umrah tersebut, agensi berkenaan ada juga mengenakan pakej umrah dengan harga yang berpatutan dengan kemudahan-kemudahan yang menarik.
Apa-apapun bagi admin, kalau korang berkemampuan tak masalah untuk berbelanja lebih untuk menunaikan umrah dengan keselesaan dan pelbagai kemudahan. Namun pastikan betulkan niat untuk menjalani umrah kerana ibadah dan bukan sebab selebriti.
Baca: “Jangan salah faham” – Netizen Dakwa IG Story Nak Sindir ‘Seseorang’, Neelofa Beri Penjelasan