in

Taufan Dijangka Melanda M’sia Malam Ini Ekoran Ribut Tropika Kuat Nesat

collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Alam Sekitar dan Air (Met Malaysia) telah mengeluarkan amaran menjangkakan taufan bakal melanda Malaysia menjelang malam ini.

Ekoran ini, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah pun dikeluarkan bagi kawasan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 18 Oktober.


Untuk pengetahuan korang, kejadian ini berlaku ekoran Ribut Tropika Kuat Nesat yang kini dikatakan berada pada kedudukan 19.7ºU 117.2º di barat laut Filipina dan dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02rFRUQcpbtXDZahbq4J4c4nSCBQ3YMHnk6Mcr4TbcEt6GbHgAExAkaRpQeKkixLWGl

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.”

Manakala di semenanjung Malaysia pula, MET telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor. Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan.

Menurut MET amaran ini dikeluarkan kerana terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebih 22mm/jam yang hampir atau melebihi sejam.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0AN8oJvvcbWw45uAMejPHjQsn4XsGtG9MJZYweiKbzdwkGJbednfxopAipT8YTnG6l

Hati-hati okay korang? Lagi-lagi yang tengah memandu waktu hujan lebat ni…

 

Baca: Ribut Petir & Hujan Lebat Di Semenanjung Diramal Berlaku Sehingga Khamis & Jabatan Meteorologi

hujan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.