in

TasteAtlas Senaraikan Nasi Goreng Kambing Antara 100 Makanan ‘Tak Sedap’ Di Dunia

Ft Nasi Goreng Kambing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Soal makanan dan orang Malaysia sememangnya tidak dapat dipisahkan, lebih-lebih lagi kalau ada ‘orang luar’ yang memandai-mandai nak ubah resepi atau lebih teruk melabelkan makanan kita sebagai ‘tak sedap’.

Terbaharu, TasteAtlas nampaknya cuba ‘bermain api’ dengan netizen Malaysia selepas mereka menyenaraikan Nasi Goreng Kambing, menu yang tidak asing lagi di kedai mamak ini antara 100 makanan yang ‘tidak sedap’ di dunia.


Menurut senarai yang dikeluarkan ensiklopedia pelancongan makanan antarabangsa tersebut, Nasi Goreng Kambing menduduki senarai ke 48 dengan hanya menerima 2.6 bintang daripada 5.

415487892 763752062451058 3865150496406702272 N

Pun begitu, sekurang-kurangnya makanan kita tidak menghuni tangga teratas dalam ranking makanan tak sedap yang mana tempat pertama merupakan makanan dari Iceland iaitu Hakarl yang diperbuat dari ikan yu.

Berikut adalah senarai makanan yang menduduki tempat pertama hingga ke-10 menurut senarai TasteAtlas :

  1. Hakarl, Iceland
  2. Ramen Burger, USA
  3. Yerushalmi Kugel, Israel
  4. Kalvsylta, Sweden
  5. Sklandrausis, Latvia
  6. Chapalele, Chile
  7. Calskrove, Sweden
  8. Bocadillo de carne de caballo, Sepanyol
  9. Marmite & Chip Sandwich, New Zealand
  10. Ryynimakkara, Finland

Menurut TasteAtlas, ranking tersebut dikeluarkan berdasarkan rating yang diterima daripada 273,250 jenis makanan yang dikenalpasti dan diberikan oleh pengguna mereka sendiri.

Artikel berkaitan : Bukan Kopi T20 Tapi Sedap Giler! Ini 5 Brand Kopi Lokal Yang Korang Kena Cuba

Artikel berkaitan : “Kenyang ke tu?”- Restoran Ini Buat Susyi Paling Kecil Di Dunia

Untuk yang tak makan kambing, pastinya dia akan cakap makanan ni tak sedap, tapi untuk yang minat kambing pula, pasti jawapannya berbeza.

Kedua, kena juga tengok di mana makanan tersebut pengguna TasteAtlas tu cuba, mungkin restoran tu sendiri yang buat tak sedap dan sebagainya.

Korang rasa macam mana? Cuba komen sikit… 

Sumber : TasteAtlas

Sumber: TasteAtlas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.