Berikutan tarif baharu Amerika Syarikat (AS), harga iPhone dijangka akan meningkat sehingga mencecah RM10,000 seunit.
Baru-baru ini, Donald Trump mengumumkan tentang kadar tarif baharu dikenakan Amerika Syarikat kepada negara-negara yang berdagang dengannya.
Menurut laporan, keputusan tarif yang dibuat oleh Presiden AS ini boleh menyebabkan harga iPhone meningkat antara 30 hingga 43 peratus.
Hal ini disebabkan sebahagian besar iPhone yang dijual di pasaran AS masih dikeluarkan di China, yang kini dikenakan tarif sebanyak 104 peratus.
Artikel berkaitan: Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Untuk Bincang Soal Tarif Trump – PMX
Artikel berkaitan: Rakyat Amerika Syarikat Mulakan Demonstrasi Menolak Pentadbiran Trump
Jika tarif ini berlanjutan, Apple berdepan pilihan sukar sama ada menanggung kos tersebut atau memindahkan kos berkenaan kepada pengguna.
Menerusi analisis Rosenblatt Securities, model iPhone 16 Pro Max yang kini dijual pada harga AS$1,599 (RM7,180) diramalkan meningkat kepada lebih AS$2,300 (RM10,330).
Difahamkan, Trump mengenakan tarif tinggi terhadap banyak produk yang diimport dari China, dengan tujuan untuk menggalakkan syarikat-syarikat AS memindahkan pengeluaran mereka ke negara lain seperti Mexico atau negaranya sendiri.
Walaupun sebahagian pengeluaran iPhone telah dipindahkan ke negara seperti Vietnam dan India, tarif yang dikenakan ke atas kedua-dua negara ini juga memberi impak negatif kepada harga jualan iPhone.
Hal ini juga disebabkan Vietnam dikenakan tarif 46 pertatus, manakala India pula menerima tarif sebanyak 26 peratus.
Apapun buat masa ini, Apple masih belum memberikan sebarang komen terhadap harga iphone dan produk mereka.
Sumber: Sinar Harian