KIta semua mempunyai rezeki masing-masing. Ada yang murah rezeki pada wangnya, ada juga dengan dikurniakan zuriat atau kesihatan. Tak semua orang mempunyai rezeki yang sama. Kerana itu lah, saling bantu membantu apabila diperlukan amat digalakkan.
Sama seperti perkongsian yang dikongsi oleh lelaki ini di Facebooknya, di mana dia menyaksikan sendiri rezeki seorang makcik hanya dengan 20 sen. Menurut Wan Mohd Hafiz, peristiwa ini berlaku semalam, Sabtu, apabila dia berada di stesen pam minyak.
“Semalam, aku di stesen minyak, tengah beratur nak bayar, depan aku ada tiga orang. Depan sekali ada makcik berbaju kurung, pakai pouch bag yang agak lusuh, tengah keluarkan duit”
Kata Wan, makcik tersebut meletakkan sekeping duit RM5 serta segadang syiling di atas kaunter. Dia dapat melihat sendiri riak wajah makcik itu yang berasa serba salah kerana menggunakan duit syiling bagi membayar minyak. Kata makcik itu kepada pekerja tersebut,
“Dik, kancil pam 4 tu.. Isi minyak kuning.. 9 ringgit 80 sen..”
Pekerja itu turut memandang makcik tersebut dengan pandangan yang serba salah.
“Erm.. Lagi 20 sen tak ada ke cik..?
Makcik itu hanya menggelengkan kepala dan mengatakan bahawa hanya itu sahaja yang dia ada sekarang. Secara tiba-tiba seorang lelaki yang berada di belakang makcik tersebut lantas meletakkan RM10 yang ada di tangannya ke kaunter.
“Nah, ni RM10. Campur RM9.80 makcik tu jadi RM19.80”
Wan dapat melihat reaksi muka makcik tersebut yang betul-betul terkejut dengan budi baik lelaki berkenaan. Lelaki itu juga sempat mengatakan kepada makcik itu,
“Tak apa cik, rezeki lebih. 20 sen saya tak ada, RM10 saya ada lebih..”
Benar, aturan Tuhan itu indah sekali. Sekali lagi seorang lelaki lain secara sukarela turut membantu makcik tersebut dengan memberikan RM30 kepadanya. Kata lelaki berkenaan kepada makcik itu,
“Ini 20 sen, cukupkan yang tak cukup tu.. Tambah lagi RM30 ni cukupkan RM50. Minyak kancil RM50 boleh tahan lama sikit cik..”
Terharu dengan budi baik lelaki berkenaan, makcik tersebut mengucapkan terima kasih dan dapat dilihat air matanya bergenang.
“It was amazing.. Beyond miracle. Dalam kereta air mata jantan aku berguguran jatuh. Memang hebat aturan Ilahi tentang rezeki”
Pada waktu itu, Wan turut berasa malu kerana baru-baru ini dia mengeluh kerana wangnya sebanyak RM30 ribu habis dalam masa 4 bulan. Sedangkan baginya, ada lagi orang yang susah daripadanya.
“Tapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan pada aku tentang rezeki, malu rasa hati tapi alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yang hebat.”
Salutenya pada lelaki-lelaki tu.. Harap makcik tersebut sentiasa dimurahkan rezeki 🙂
Baca: Pemandu Grab Baik Hati Tolak Bayaran Dan Beri Wang Kepada Penumpang Dalam Kesusahan