in

“Tanpa pertolongan dia, saya tak menang”- [VIDEO] Atlet Jamaica Sesat di Tokyo Hadiah Baju Pada Orang Awam Yang Membantu

Ft Olimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang seronok kalau pergi ke luar negara tak kisah la atas alasan bercuti ke bekerja ke atau apa pun. Tapi bagi yang pernah pergi ke luar negara mesti korang ada pengalaman yang tak dapat dilupakan sama ada pengalaman manis atau pahit. 



Seperti atlet lari berpagar Jamaica, Hansle Parchment dia juga telah mengalami pengalaman yang tak dapat dilupakan semasa temasya Olimpik di Tokyo yang lepas. Hansle telah berkongsi video di IG story nya tentang apa yang berlaku pada hari kejadian tersebut.

Semasa temasya Olimpik di Tokyo yang lepas, Hansle hampir terlepas acara yang dipertandingkan iaitu separuh akhir acara 110m lari berpagar. Semasa di dalam bas, dia tidak dengar sebarang bunyi yang menunjukkan dia telah sampai di tempat yang dituju kerana dia memakai earphone.

Tapi dia sedar selepas lihat papan tanda yang menunjukkan dia telah menaiki bas yang salah dan dia perasan dia berada di pusat akuatik. Orang yang berada di situ menyuruhnya untuk pulang ke perkampungan dan mengambil semula bas yang patut dia naik. Memang tak sempat la nak warming up.

 

“Nasib baik ada orang yang tolong”

Di situ, dia lihat seorang wanita muda yang merupakan volunteer Olimpik dan minta bantuan daripadanya. Wanita tersebut memberi wang kepada Hansle untuk naik teksi pergi ke stadium.

Disebabkan bantuan wanita tersebut, dia sampai ke stadium on time dan mendapat pingat emas acara tersebut. Hansle mencari wanita itu semula untuk tunjuk pingat yang dimenangi.

Ketika berjumpa dengan wanita tersebut, Hansle menunjukkan pingat emas yang dimenangi dan memulangkan semula duit teksi. Wanita yang berketurunan Jepun-Serbia itu menerima baju pemberian Hansle dan memuat naik gambar dia memakai baju tersebut di Instagram miliknya.

Di akaun Instagramnya, wanita tersebut mengucapkan terima kasih kepada Hansle serta mendoakan kesihatan dan kebahagian semua orang.

Kalau semua manusia dekat dunia ni baik macam perempuan tu kan bagus, semuanya jalan dengan lancar.

Baca: “Saya boleh bayar you” – Video Rantai Ada Sentimental Value Diragut Pemuda Minta Rider Pulangkan Tawar RM500

Ragut E1629099930590

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.