in

“Tanggung akibat sendiri” – Pemilik Restoran ‘Tertekan’ Kena Check Agama Pelanggan Masa Ramadan

collage 1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk pengetahuan korang, setiap negeri mempunyai peraturan berbeza tentang makan pada waktu siang di bulan Ramadan. Macam di Kuala Lumpur, menjual makanan atau minuman kepada orang Islam untuk dimakan segera ketika waktu puasa adalah satu jenayah mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

Disebabkan ini, pengusaha makanan telah meluahkan perasaan mereka yang rasa tertekan kerana perlu memantau pelanggan beragama Islam pada bulan Ramadan.


Menurut Naib Presiden dan Pegawai Perhubungan Media Persatuan Pemilik Restoran dan Bistro, Jeremy Lim berkata sukar bagi pengusaha restoran untuk tentukan agama seseorang lebih-lebih lagi di dalam negara masyarakat majmuk macam Malaysia, lapor FMT.

Menurutnya, beban ini lebih baik diletakkan di atas bahu umat Islam sendiri untuk mematuhi undang-undang dan jika gagal, perlu tanggung sendiri akibatnya.

big thumb c13e

Lebih masuk akal jika beban ditanggung pengguna. Jika anda memilih untuk melanggar undang-undang, anda harus menanggung akibatnya.”

Pengarah Devi’s Corner Bangsa Devi Ananth turut bersetuju dengan kenyataan Lim dan mengatakan sepatutnya tugas pemilik restoran patut ditumpukan kepada menghidang makanan dan minuman.

Matlamat utama kami adalah untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan kami. Tidak profesional bagi kami untuk mempersoalkan anutan mereka.”

Manakala bagi seorang lagi pengusaha makanan, dia lebih gemar untuk mengamalkan pendekatan “tak tanya soalan”.

1054508

Jika pelanggan kami yang beragama Islam tidak selesa untuk makan secara terbuka, kami akan menawarkan tempat duduk di kawasan yang kurang kelihatan. Bukan tempat kami untuk membuat pertimbangan moral.”

Untuk pengetahuan korang, pengusaha F&B yang melakukan kesalahan menjual makanan atau minuman kepada orang Islam boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Moeis Basri, pihak berkuasa hanya boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha F&B yang beragama Islam kerana mahkamah syariah tiada bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.

 

Baca: Kecoh Staf Viralkan Video CCTV Tunjuk Wanita Tak Puasa, Burger King Ambil Tindakan

collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.