Bila tiba hari raya memang tak lengkap kalau tak pulang beraya di kampung kan? So, bila tiba musim perayaan memang jalan raya sesak habis.
Perkara ini sama juga berlaku di Indonesia, kesesakan dorang ni sampai berhari-hari stuck dekat atas jalan raya. Disebabkan ini, kerajaan Indonesia mengumumkan yang dorang akan tangguhkan cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ke bulan Disember.
Menurut Awani, keputusan ini dibuat kerana kerajaan di sana takut tradisi pulang ke kampung ini akan menyebabkan penularan Covid-19 jadi tak terkawal.
Dengan keputusan ini, kerajaan di sana mengharapkan agar rakyat Indonesia akan menimbang semula rancangan mereka untuk pulang ke kampung.
Susulan dari berita ini, ramai netizen mengharapkan agar kerajaan Malaysia turut buat perkara yang sama sekiranya PKP dilanjutkan sehingga raya.
Baca: Penyanyi Indonesia Glenn Fredly Meninggal Dunia, Artis Sedih Atas Pemergian Mendadak