Satu drama bersiri yang diadaptasi daripada novel ‘Aku Bukan Ustazah’ telah meraih tontonan rakyat Malaysia sejak hari pertama ia ditayangkan di TV3.
Drama yang dibintangi oleh Erysa Emyra, MK K-Clique serta Zahiril Adzim menceritakan tentang seorang gadis berniqab (lakonan Erysha Emyra) yang berubah setelah berhadapan dengan pelbagai konflik dalam hidupnya.
Watak Sally triggered trauma?
Pun begitu, pelakon dan model terkenal iaitu Haneesya Hanee yang melakonkan watak Sally dalam drama itu telah mengakui dirinya takut apabila diberi tanggungjawab memegang watak tersebut.
Artikel berkaitan: “Buat apalah aku nak naik bas” – Haneesya Hanee Beri Penjelasan, Isu Dituduh Naik Bas Dengan Aliff Aziz
Artikel berkaitan: “Saf solat boleh terputus” – Netizen Sokong Haneesya Hanee Sentuh Isu Sajat Pakai Telekung Di Mekah
Haneesya menerusi TikTok miliknya berkata, watak Sally itu ada kaitan dengan kisah silamnya terdahulu yang membuatkan dia trauma apabila dikecam netizen pada ketika itu.
Sebenarnya I tak nak ambil dah watak Sally ni sebab kalau korang perasan, awal-awal dah ada babak mabuk, pergi kelab… dengan I punya kisah silam.. risiko untuk dikecam sangatlah tinggi.
Dalam nada terharu apabila ada netizen memuji pembawaannya sebagai watak Sally, dia mengakui ada rasa takut pada mulanya namun, produksi drama telah meyakinkannya untuk memegang watak itu.
I tak nak ada apa-apa kaitan dengan sebelum ni.. kalau ambil watak Sally I takut sangat. Bila pengarah pujuk bagi kata-kata semangat.. dia kata buat setakat mampu..
Sebenarnya susah sebab it’s triggered a lot of my traumas. Habis babak, tangan I menggeletar, I mula anxiety. Sangat susah.
@haneesyahanee_ Replying to @Nor Hasanah For the bottom of my heart Thank You Everyone❤️
Banyak sokongan peminat & keluarga
Namun, dia turut berterima kasih kepada peminat dan keluarga yang setia menyokongnya untuk berlakon kerana sukar mendapat tawaran itu.
Terima kasih semua yang tengok drama dan suka watak Sally. I hope production tengok and bagi I peluang untuk berlakon lagi sebab I dah nak give up dalam industri lakonan sebab tak dapat peluang tu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat Haneesya menyokongnya untuk terus berlakon.
Cantiknya Haneesya!
Sumber: TikTok