Selepas 3 hari kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Highland – Batang Kali berlaku, pihak penyelamat masih dalam usaha mencari 9 lagi mangsa yang dipercayai tertimbus akibat kejadian itu.
Bagi membantu usaha itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah membawa satu unit alat ‘Ground Penetrating Radar’ ke lokasi kejadian. Perkara itu disahkan oleh @bernamadotcom dalam satu ciapan awal hari ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara @mynadma membawa satu unit alat ‘Ground Penetrating Radar’ ke lokasi operasi mencari dan menyelamat bagi membantu usaha mengesan mangsa di dalam tanah menerusi refleks gelombang.
? Syed Iylia | Digital Media BERNAMA#TanahRuntuhBatangKali pic.twitter.com/8GaykkxR64
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 18, 2022
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, alat tersebut adalah bagi membantu usaha mengesan mangsa di dalam tanah menerusi refleks gelombang.
Dalam pada itu, Pengarah Bomba Selangor juga memaklumkan waris mangsa diminta untuk ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan pengecaman mayat. Ketika ini, usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan di lokasi kejadian.
Baca: ‘Grouse’, Anjing Pengesan Milik Bomba Bantu Operasi Mencari Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali