Pejam celik pejam celik kita dah pun masuk pertengahan bulan Februari untuk tahun 2022. Walaupun negara kita semakin mengorak langkah menjadi salah satu negara yang membangun, isu kemurungan atau depression masih lagi merisaukan orang ramai.
Seperti satu infografik yang dikongsikan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Twitter, netizen dikejutkan dengan nisbah pesakit yang mengalami kemurungan adalah seramai 1 dari 5 orang. Lebih menyedihkan, ianya merupakan dari kalangan remaja di Malaysia.
They are just around us.? pic.twitter.com/ZHHZ8poSTy
— Tentang Kita (@tentangkita_my) February 9, 2022
“Sudah 3 orang didiagnos depression”
Infografik yang dikongsikan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dari warganet di media sosial. Ini kerana, boleh dikatakan isu ini semakin meningkat disebabkan keadaan semasa yang mungkin menjadi salah satu punca kepada kemurungan.
Oleh itu, seorang guru di Twitter menerusi akaun @hakiimIsmail95, dia mendedahkan bahawa sepanjang dirinya menjadi guru di sebuah sekolah menengah, tiga orang dari muridnya didiagnos depression dan seorang pelajar pula mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD).
Sepanjang saya mengajar di sekolah menengah, sudah 3 orang didiagnos depression dan sorang mengalami PTSD(Post Traumatic Stress Disorder).
Yang menyedihkan salah seorang dari mereka takut nak bagitau parents sbb bila mengadu stress, katanya ‘mengada-ngada’. https://t.co/J1wQ8YChPg
— Hukaim•الأزهري?? (@hakiimIsmail95) February 10, 2022
Di bahagian thread perkongsian tweet miliknya, guru ini mendakwa bahawa sikap sambil lewa dari kalangan ibu bapa merupakan salah satu punca yang mendorong remaja mengalami kemurungan. Ini dikatakan kerana ibu bapa masih kurang kesedaran mengenai isu ini.
Ujarnya lagi, remaja terutamanya pelajar sekolah mudah untuk mengalami kemurungan kerana pendedahan di usia awal kepada gajet ditambah pula dengan kelas secara online yang disebabkan oleh penularan Covid-19.
“Ditambah pula sebahagian pelajar bermasalah ini hampir peratusan besarnya dari broken family, mak ayah gaduh, berpisah, kemudian jadikan anak-anak sebagai tempat lepaskan amarah kepada bekas pasangan”
Dihujung thread itu, guru tersebut menegaskan bahawa peranan dari pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa dan juga pihak kaunseling seharusnya memandang serius isu yang semakin menjadi-jadi di kalangan remaja untuk mengelakkan perkara yang tak diingin daripada berlaku.
Min harap adik-adik semua kuatkan semangat and cari someone yang boleh diajak borang yaa…
Baca: Kes Ain : Cikgu Dakwa Kenyataan Ain Menyebabkan Dia Alami Depression