in

Takut Dicekup Imigresen, Wanita Warga Asing Hamil 6 Bulan Lari 200 Meter Dengan Kasut Tumit Tinggi

lari hamil 6 bulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara tidak mahu dicekup Jabatan Imigresen, seorang wanita warga asing sanggup berlari dengan kasut tumit tinggi kira-kira 200 meter walaupun sedang sarat hamil enam bulan dalam satu kejadian di Medan Imbi, Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja ditahan, wanita berusia 38 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu secara tiba-tiba pengsan sebelum dikejutkan anggota penguat kuasa dan diberi bantuan paramedik.


WhatsApp Image 2025 04 18 at 10.16.59 73c19fda 2048x1536 1

Hasil siasatan mendapati wanita itu menetap selama tiga bulan di negara ini kerana suaminya bekerja sebagai jurutera di Pelabuhan Klang.

Suami baru balik India semalam, mahu ambil mak dan anak-anak lain bawa datang sini (Malaysia).

“Saya lari sebab tengok yang lain lari. Saya panik, pasport ada, tapi tak ada bawa, tertinggal di rumah,” kata wanita itu.

Artikel berkaitan: Pegawai Jabatan Imigresen Ditahan, Disyaki Terlibat Kegiatan Bawa Masuk Warga Asing Tanpa Pemeriksaan Di Pintu Masuk Negara

Artikel berkaitan: 18 Pengemis Warga Asing Ditahan, Raih Sehingga RM600 Sehari Di Pasar Malam

Selain dia, terdapat juga beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) lain cuba meloloskan diri tapi gagal sehingga alami kecederaan.

WhatsApp Image 2025 04 18 at 10.25.14 ad36d508

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, operasi bersepadu itu melibatkan seramai 185 anggota termasuk pegawai JIM Putrajaya dan Negeri Sembilan serta agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Seramai 749 warga asing diperiksa dan seramai 506 daripadanya disyaki melakukan pelanggaran undang-undang imigresen.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.