Usahawan sensasi Mohd Safiuddin Ilias atau lebih mesra dengan panggilan Safiey Illias mendakwa dirinya mengalami kerugian mencecah RM38 juta selepas diperdaya seorang penjual kenderaan mewah dan isterinya.
Dakwanya, ada seorang lagi individu bergelar ‘Datuk Seri’ yang memiliki 6 syarikat dan panel insurans turut terbabit dalam kegiatan penipuan tersebut.
Artikel berkaitan : “Dia antara insan yang ingat & call saya” – Safiey Illias Minta Netizen Stop Kacau Fathia Latiff
Artikel berkaitan : Berkomunikasi Secara Seksual Dengan 2 Remaja Lelaki, Kes Safiey Ilias Dibicarakan Julai Tahun Depan
Guna sindiket taktik sambung bayar tanpa pengetahuan ‘owner’
Kata Safiey, dia mula kenal dengan individu tersebut menerusi beberapa kenalan dan pernah membeli sebuah kereta terpakai daripada rakan lelaki itu pada 2017.

“Kes ini membabitkan pecah amanah jenayah terancang, penipuan, penggubahan wang haram, penyelewengan dana, pelupusan harta dan wang yang diamanahkan dan salah guna kuasa.”
“Ini bukan pertikaian sivil, sebaliknya ada elemen jenayah pecah amanah dan jenayah terancang bersindiket menggunakan taktik sambung bayar tanpa pengetahuan pemilik kereta.”
“Pada 2019 dan 2020, saya minta dia jual kereta saya dan ayah, mereka menyalahgunakan kuasa sebagai ejen untuk menyeleweng serta menggelapkan dana, melupuskan harta saya iaitu kereta berkenaan.”
Tegas Safiey kepada Harian Metro, lelaki tersebut merupakan dalang utama kegiatan penipuan tersebut, dia mendakwa lelaki itu bertindak sebagai ejen yang mewakilinya dan bapanya untuk menjual kereta jenis Toyota Alphard, Mini Cooper, John Cooper Work dan Mercedes C200 serta menguruskan beberapa aset syarikat.
Jelasnya lagi, lelaki terbabit mempunyai sejumlah kawalan terhadap harta dan dana yang diamanahkan kepadanya namun ia diseleweng bagi kepentingan diri sendiri dan diagihkan ke dalam beberapa akaun.

“Mereka bukan sahaja dengan curangnya menyalahguna wang, bahkan melucut hak saya dan keluarga serta waris bahkan hak kakak sulung saya sebagai bekas pengarah syarikat saya.”
“Ini termasuk, hak cap dagang yang dipatenkan dan berdaftar atas nama saya dan syarikat, nama baik saya, aset syarikat, reputasi syarikat, malah melucut hak wang syarikat termasuk akaun KWSP.”
“Saya bukan sahaja kerugian dari segi aset, perniagaan, nama baik, malah kehilangan hak ke atas semua jenama milik saya termasuk produk hak cipta terpelihara dan insurans hayat bernilai RM10 juta.”
“Kalau saya tidak didorong dan diperdaya dengan janji-janji itu, saya tidak akan melakukannya bahkan menyerahkan harta berkenaan.”
Tambah Safiey, dia sudah pun membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), usahawan itu berharap agar tiada lagi orang lain senasibnya.
“Trend ini semakin rancak dilakukan dan diiklankan di pelbagai platform digital termasuk ada group Facebook dengan nama kereta sambung bayar deposit ‘direct owner’.”
“Mereka juga sering mengugut pihak lain dengan buat ‘cover report’, kontrak atau perjanjian secara sepihak dan paksaan serta pengaruh tidak wajar dengan kononnya menggunakan pendaftaran syarikat yang didaftarkan sebagai lesen sah untuk kaedah sambung bayar berdeposit,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi telah mengesahkan bahawa pihak mereka ada menerima laporan tersebut dan kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Sumber : Harian Metro
