Berikutan dengan isu dan kontroversi yang melanda pelakon Mak Wan Latah sejak tahun lalu, pelakon senior ini mendedahkan dia kini dipandang sinis dan diberikan layanan buruk oleh jiran tetangganya.
Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud menyatakan bahawa antara sindiran paling berat adalah dia dianggap penyondol yang mungkin merampas suami jirannya.
Artikel Berkaitan : “Tak fikir secara rasional” – Cerai Lepas 3 Bulan Kahwin, Bekas Suami Dedah Sikap Mak Wan Latah
Artikel Berkaitan : “Bagi minum air kenc*ng&” – Wanita Dedah Video Mak Wan Latah Didakwa Main Santau?
“Macam-macam tuduhan yang saya terima, ada juga wanita yang takut kalau saya merampas suami mereka.”
“Kadang-kadang kalau saya lalu dekat kawasan rumah, saya boleh dengar sendiri ada segelintir jiran-jiran yang bercakap belakang fasal saya.”
“Sampai ada yang kata takut suami mereka disondol oleh saya, saya pun ada anak menantu, takkanlah saya nak buat begitu.”
Selain itu, Mak Wan juga ada kongsikan yang dia pernah didekati oleh beberapa orang lelaki yang berstatus suami orang di media sosial.
Bagi mengelakkan sebarang kontroversi, Mak Wan berprinsip yang dia tidak mahu berkawan dengan suami orang kerana tidak mahu masalah lain timbul.
“Memang ada yang mahu berkenalan lebih-lebih lagi di media sosial tetapi saya cepat-cepat blok dan jauhkan diri. Saya tidak mahu berkawan dengan suami orang. Kita sudah ada ‘nama’ (kontoversi), nanti jadi lebih besar pula masalah yang saya kena tanggung.”
Sebagai rekod, tahun lepas nama Mak Wan terpalit dengan kontroversi apabila bekas suaminya, Husain mendedahkan bahawa pelakon itu mempunyai akhlak yang tidak baik.
Kontroversi menjadi lebih parah apabila ada yang mendakwa Mak Wan melakukan sihir kepada neneknya kerana cemburu.
Sumber : mStar Online