in

“Takkan nak tahan” – [VIDEO] Lelaki Terkantoi Kentut Panjang Lepas Bagi Alasan Nak Keluar Ambil Barang

Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buang angin ni sebenarnya normal je kan? Itu juga antara salah satu tanda yang badan kita sihat. Tapi tak tahulah kenapa, malu betul kalau terkentut depan orang kan?

Kalau tak keluar bunyi tu bolehlah juga buat-buat salahkan orang lain, tapi kalau tengah buat benda penting tiba-tiba terkentut bunyi kuat memang malu weh!


Medicalunhealthyasiantrumpetfish Max 1Mb

Macam ada satu kejadian yang viral baru-baru ni di luar negara menunjukkan satu video yang dimuatnaik oleh seorang wanita ketika dia ajak seorang lelaki masuk rumahnya.

Menurut wanita ini, dia telah keluar dating dengan seorang lelaki dan segalanya berjalan dengan lancar sehinggakan dia telah mengajak lelaki tersebut untuk masuk ke dalam rumahnya.

Namun begitu, ketika dorang tengah melepak dalam rumah, lelaki ini tiba-tiba mengatakan yang dia terlupa nak ambil sesuatu dalam kereta sebelum berlalu keluar.

Tapi rupanya lelaki ini sebenarnya sedang tahan kentutnya. Dapat dilihat dari rakaman kamera di luar rumah wanita tersebut, lelaki malang ini telah duduk di halaman depan rumah dan melepaskan kentut yang begitu panjang. Allahu berapa lama dia tahan ni?

https://twitter.com/dailyinstavids/status/1551348049846362112?s=21&t=ynZ026jfXHh3CpIAMWf7iA

Bagaimanapun, tak dapat dipastikan sama ada lelaki ini sedar atau tidak bahawa video yang dimuatnaik di Twitter ini telah pun mendapat sebanyak lebih 5.7 juta penonton!

Rata-rata netizen turut sama terhibur dengan gelagat lelaki ini dan ada juga yang kongsikan tips kepada orang lain untuk masuk ke dalam tandas dan buka semua air untuk tak terkantoi macam ni!

Screenshot 2022 07 26 At 3.42.20 Pm Down

Alahai kesian… Entah apalah yang dia makan sebelum tu sampai begitu sekali bunyi kentutnya…

 

Baca: “Kentut habis”- Pernah Viral Gara-Gara Bisnes Aneh, Wanita Dikejarkan Ke Hospital

Fi Kentut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.