Bulan Ramadan sering dikaitkan dengan ketiadaan syaitan yang telah diikat sepanjang bulan mulia ini. Namun, video suara wanita misteri mengaji di Indonesia yang tular baru-baru ini dikatakan berkait dengan makhluk halus.
Menurut Instagram Kabar Banten, video tersebut telah dirakam oleh pengawal keselamatan Universiti Sultan Ageng Tirtayasa, Banten, Indonesia.
Dia telah terdengar suara misteri wanita yang sedang membaca Al-Quran ketika sedang membuat rondaan di kampus universiti itu pada Ahad lalu sekitar jam 12.40 tengah malam.
Namun, pengawal keselamatan terbabit tidak melihat kelibat sesiapa ketika alunan Al-Quran itu dipendengarkan. Weh, meremang pulak bulu roma ni!
Korang boleh tengok video ni.
https://www.instagram.com/p/B_xFvB5FquU/
Tapi,apabila pengawal tersebut check lagi sekali di bangunan bersebelahan, rupanya ada kelibat perempuan dalam gelap.
Rupanya, suara misteri tersebut takde kaitan pun dengan benda ghaib sebab menurut Fatah Sulaiman, Canselor Universiti itu, wanita misteri itu kurang siuman dan sering ke masjid kampus itu beberapa kali sebelum ini, lapor Sinar Harian.
Rata-rata netizen berpendapat bahawa wanita ini sepatutnya dijadikan inspirasi sebab dalam keadaan dia yang tidak sihat pun, dia masih nak cari pahala.
Orang kurang siuman pun sering beribadat, jadi kita ni takde alasan lah kalau malas nak buat ibadat yang diperintahkan oleh Allah.