Setelah bermacam-macam dugaan yang dilaluinya, akhirnya Rossa Sera mendedahkan bahawa dirinya seperti sudah bertemu dengan pengganti baru.
Perkara itu dikongsikan oleh Rossa Sera sendiri menerusi TikTok pada 1 Julai lalu apabila dia memberikan ucapan selamat tinggal kepada Shuk Sahar.
Tolong kuat dan kita sama-sama move on
Rossa Sera meminta agar dirinya kuat dan sentiasa berusaha untuk anak-anak mereka, malah dia juga akan sentiasa sokong Shuk.
Dalam pada itu, video berdurasi 21 saat itu menunjukkan perbualannya dengan Shuk, dilihat seperti dari itu, Rossa memberi gambaran seolah-olah dia kini sudah bertemu dengan pengganti yang bernama Eddie.
Dilihat juga seperti Shuk merayu untuk kembali dengan Rossa Sera, malah Shuk juga dilihat ada mengatakan bahawa dia kini sedang berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik, tambahnya dia kini memang berusaha untuk bahagiakan Rossa dan anak-anak.
@rossa.sera Tq , sy akan slu doakan dan support awak !! Kerja kuat2 untuk anak2 kita ok? Please kuat n kita sama2 move on 🥹🫶🏼♥️ #fyp
Dalam pada itu, lepas apa yang dihadapinya, Rossa Sera kini menyatakan bahawa dia kini sudah berada di fasa tidak takut untuk berpisah lagi kerana perpisahan yang akan terjadi itu bukan dirinya yang rasa kehilangan tetapi orang yang tidak menghargai dirinya.
@rossa.sera Setiap kali seorang wanita membela dirinya sendiri, dia membela semua wanita @inayahbeauty #fyp
Sebelum ini, mStar Online melaporkan bahawa biarpun kemelut rumahtangganya bersama Shuk bakal berakhir, Rossa Sera yang kini dalam proses mencari persetujuan bersama menyatakan dia enggan bermusuh dengan suaminya itu.
Baca : “Saya tak tahu apa2” -Rossa Sera Terkejut Rumah RM1.2 Juta Telah Dijual Shuk Sahar