Tak dinafikan, kaum lelaki sangatlah sinonim dengan permainan online, mobile gaming dan sebagainya. PUBG, Mobile Legends tu dah biasa sangat dah! Tak pun, ada juga yang masih main FIFA Online di rumah.
Bukan tu je, bila diorang dah mula main game tu, memang fokus betul sampai tak ada yang boleh kacau. Janji jangan kalah lah orang kata. Tak boleh bawak bincang kalau tak menang tu nanti…
Seperti perkongsian di Twitter yang tular baru-baru ini selepas lelaki ini kalah FIFA dan terjadi satu insiden yang mengejutkan dek kerana tindakannya yang agak beremosi.
Kisah sedih ringkas semalam….. tiber takde TV for the next one month 🤣🤣🤣🤣🤣 Tu la sape suruh emo sgt main Fifa hahahahahahahaha pic.twitter.com/fGKJHj4l3Q
— Alia Zaferi (@aliazafff) April 9, 2022
Difahamkan lelaki ini geram dan gagal untuk mengawal perasaan kecewa akibat kalah FIFA, dia telah mencampak ‘controller’ miliknya namun tanpa disangka ianya terpelanting dan terkena skrin TV.
“Tak pasal-pasal takde TV sebulan…”
Disebabkan itu, skrin telah sepenuhnya bertukar kepada warna biru dan reaksi lelaki ini selepas TV itu rosak mencuit hati warganet yang lain kerana dilihatkan dia terdiam serta segera terbaring. Mengenangkan nasib mungkin?
“I can relate to this… main game nak buang stress buat kalah tambah stress” – Komen netizen
Rata-rata di bahagian replies mengatakan bahawa perasaan emosi bercampur geram kerana kalah FIFA adalah perkara biasa malah ada juga yang bergurau dengan meminta lelaki ini untuk tukar game lain.
Suka betul korang eh… Nasib baik lah isteri dia jenis yang sporting. Boleh gelakkan lagi suami dia! Tak baik yang kecam-kecam tu tau…
Baca: “Kepala otak kau” – [VIDEO] Tak Puas Hati Asyik Bolos, Penyokong Carut & Maki Pemain Selangor?