Sikap seorang penghantar makanan telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia kerana berkelakuan biadapnya terhadap makanan. Tindakan penghantar makanan itu tular menerusi satu rakaman CCTV dan telah meraih sebanyak 5,774 jumlah retweets dalam masa 15 jam di Twiter,
Dalam satu video yang berdurasi 12 saat, dilihat pengantar makanan itu mengambil satu bungkusan makanan dari atas rak yang terletak di sebelah kaunter, sebelum menghempasnya ke lantai dan kemudian menendangnya.
“Kang kena banned kau juga meraban” – Netizen
Menyedari perbuatan itu, lelaki yang berdiri di hadapan kaunter terkejut dan marah melihat rider itu dan cuba memanggilnya semula dengan nada yang kasar.
Suasana di kedai makan juga dilihat agak tegang apabila semua kakitangan di kedai tersebut bengang melihat perbuatan lelaki itu.
Dalam video seterusnya, dapat dilihat penghantar makanan itu mengambil semula bungkusan yang ditendang. Dia kemudian berlalu pergi tanpa menghiraukan panggilan daripada lelaki yang dikatakan pemilik kedai tersebut.
Selepas penghantar makanan menuju ke arah motornya, dia menjawab panggilan pemilik kedai dengan nada yang agak kasar dan biadap. Suasana di luar kedai juga jadi tegang, namun seorang lelaki berbaju kuning cuba meleraikan dan meredakan kemarahan pemilik kedai itu. Namun pemilik kedai dilihat terus mengejar penghantar makanan tersebut.
Melihat video tersebut, ramai netizen geram dan bengang kerana ada yang mula paranoid seandainya makanan yang mereka tempah telah menjadi ‘bekas kaki’ rider tersebut.
Biarpun lokasi kedai makan dan kejadian ini masih belum dikenal pasti, berdasarkan permerhatian dalam video, kejadian ini dikatakan berlaku semalam (20/7/2023) kira-kira jam 2 hingga 2.15 petang.
Bagaimanapun, maklumat pengenai penghantar makanan juga masih belum dapat dipastikan kerana pelaku seperti mewakili dua syarikat penghantaran makanan yang berbeza.
Namun begitu, salah satu syarikat penghantar makanan berkata kepada LOBAK MERAH bahawa pihaknya kini sedang menyiasat identiti pelaku.
Haih, pergi kerja sebab nak cari rezeki, tapi rezeki tu dipijak-pijak.