in

“Takde apa nak sorok” – [VIDEO] Didakwa Miliki Banglo Mewah, Syed Saddiq Buat ‘Tour’ Tunjuk Rumah Sewa

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Syed Saddiq telah pun menafikan bahawa dana banjir yang disumbangkan oleh orang ramai telah digunakan untuk membeli alkohol.

Kali ini, ada beberapa lagi tuduhan dibuat di media sosial menunjukkan bekas Menteri Belia dan Sukan ini memiliki rumah banglo mahal siap ada kolam renang besar sesuai untuk dijadikan tempat bermain bola tampar.


Pun begitu, Syed Saddiq memberitahu rumah yang ditunjukkan itu hanyalah rumah sewa dan dah lama menyewa di sana sejak menjadi menteri.

Tambahnya lagi, semua tahu tentang kewujudan rumah ini kerana perjumpaan, mesyuarat dan menjamu orang telah dibuat di sana.

https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/posts/499305698229300

Bila jadi Menteri, saya ditawarkan tanah tapi saya tolak. Rumah Bungalow Menteri pun saya tolak. Saya pilih option “sewa rumah”

Rumah ni ada 3 bilik. Semua dah jadi office kecuali satu bilik untuk saya berehat. Sinilah Command Centre Misi Banjir MUDA, sinilah tempat MUDA buat mesyuarat sebab MUDA tak ada office lagi.”

Selain itu, Presiden Parti MUDA ini turut menegaskan bahawa beliau seorang yang telus dan tak ada apa-apa yang mahu disorok.

Macam saya ulang banyak kali, saya ni open book. Nak siasat, siasat lah. Nak lawat rumah ni, lawatlah. Dulu pun ada yang kononnya nak dedahkan projek dan tender KBS yang saya ambil buat untung – tapi sampai sekarang tak ada.”

Tak cukup dengan itu, Syed Saddiq turut memuat naik video di Twitter peribadi untuk tunjuk keadaan rumah sewanya itu dan mengatakan ketika menjadi menteri dahulu, beliau merupakan orang pertama yang isytiharkan asetnya.

Sebab itu saya tak takut, saya tak ada kereta mewah, rumah mewah, jam tangan mewah, saham berjuta-juta secara haram. Yang saya ada adalah iltizam perjuangan untuk ubah Malaysia. Berani kerana benar!”

Syed Saddiq turut menekankan yang parti MUDA ini mempunyai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju, beramanah, berintegriti dan bermaruah.

 

Baca: MUDA Dituduh Guna Duit Sumbangan Banjir Untuk Beli Arak, Ini Penjelasan Syed Saddiq…

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.